Thursday, December 25, 2008

REUNION KELICAP FC

19-21 Disember 2008 merupakan tarikh pertemuan semula ex pelajar2 jordan daripada pelbagai universiti di Seri Malaysia Bagan lalang. Reunion ini telah dianjur oleh Kelicap Fc yang merupakan kelab bola sepak yang terdiri daripada pelajar2 malaysia yang telah berjaya mencipta kegemilangan sewaktu di jordan terdahulu.

Reunion ini telah dihadiri oleh 20 keluarga dan beberapa pelajar yang masih lagi berstatus bujang walaupun umur telah menjangkau 32 tahun. kebanyakkan keluarga telah mepunyai sekurang2nya seorang anak. hanya ust akmal dan ustat mizul sahaja yang mempunyai 3 orang anak. Berita terkini yang kami terima, ust burn telah mendapat bayi kembar baru-baru ini alhamdulillah, semoga sihat sejahtera selalu dan insa'allah akan diikuti oleh ustad jabar ( radzmi ) yang bakal menimbang cahaya mata juga tidak lama lagi. menurut Dr anak ust Jabar juga kembar lelaki.

antara perogram yang telah dijalankan seperti sukaneka, tresure hunt & BBQ di pantai bagan lalang. semua peserta mula meninggakan hotel untuk balik ke kampung masing2 pada jam 1230 pm 21 Disember 2008... gambar2 ahli keluarga kelicap akan di upload tidak lama lagi...

untuk reunion pada tahun 2009, ahli2 kelicap fc telah mencadangkan akan dilakukan di Kuantan, dan akan di uruskan oleh ustad madi insa'allah. kepada bekas2 pelajar jordan anda amat dialu2kan untuk pertemuan ini..insa'allah reunion tersebut akan diadakan pada 18 - 20 Disember 2009....