Saturday, December 27, 2008

155 terbunuh serangan Israel


Penduduk Palestin membantu seorang wanita yang cedera parah dalam serangan udara Israel di bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza...berita penuh...

Rasulullah s.aw bersabda : Sesiapa yang tidak perihatin terhadap perkara2 yang berlaku kepada umat Islam lain, mereka bukanlah daripada golongan umat ku..

mari sama-sama kita doakan semoga umat Islam palestin memperoleh perlindungan Allah s.w.t daripada tentera jahat yahudi laknatullah...

PASANG TOMBOL pintu ROSAK

tombol pintu rumah rosak...sebagai suami kene gak tau nak repair..asyik nak upah je..bila nak pandai tu dak..nih aku g belajar ngan cine kat depan taman seri inderapura..baik punya cina tak kedekut ilmu langsung... gambar atas..pintu yang aku dah cabut tobol dia...nak cabut pun kene ade skil..kalau pakai kederat..alamat jahanam la pintu tuh...gambar bawah..tombol yang dan kene cabut dek aku la...
tombol baru aku beli..murah je belas2 ringit je...jimat duit...tapi kualiti ok la kot..
bukak je kotak...camtuh lah keadaan dia..eok lagikan..semua komponen dicantum kan..nak bukak kene ada cara....
tau tak camne nak cabut tombol tuh...kalau tarik je kompem tak tercabut kalau setakat pakai kederat manusia..
ternik nak cabut senang je..nampak lubang tuh kan...cocoh je skru driver ke..ape ke..biasa nye disediakan dalam kotak sekalik...so takyah risau....
apabila dan cocoh kat lubang tuh tadi..maka jadi la cam gambar kat atas nih..terpisah kepada tombol dari badan nye...
kemudian leraikan satu2..sila rujuk gambar atas...tombol buka sebelah sahaja...nih dah nak mula proses memasang dah nih...
mula2 masukkan alat kat atas tuh ( tak tau nama ape..masuk je kat tapak yang dah ada tuh... )nih bahagian depan dia...gambar bawah bahagian yang dilihat dari sudut belakang nye ye...
nampak kan alat join tuh yang macam huruf t tuh...alat itu akan disangkutkan pada ruang yang berkenaan ..rujuk gambar bawah..nampak ruang2 tuh kan..ruang tersebut akan melalui join yang kat atas tuh...sebb tuh bila kita pulas tombol je..dia bulih buka dan tutup...

ejas molek2 supaya join tuh masuk betul2...
nih gambar bila dah siap masuk dalam lubang ( tapak lama nih )...

nak tau ok ke dak join yang kita masuk tuh..cube pulas tombol belah sana nuh ( yang kita tak cabut tadik )..jadi camne mende yang terkeluar tuh..kalau pulas je dia masuk keluar masuk keluar..ok lah tuh..kalau pulas tak de perubahan ape2..tak betul lah...
dah settel..pasang semula alat2 yang diceraikan mengikut gambar yang ke 5 & 6 tuh....
nih gambar yang dah siap semua dipasang...


gambar yang sempurna pemasangan nye...lega dah jimat duit sket..kalau upah nih.dia amik rm 15-rm 20...

Thursday, December 25, 2008

REUNION KELICAP FC

19-21 Disember 2008 merupakan tarikh pertemuan semula ex pelajar2 jordan daripada pelbagai universiti di Seri Malaysia Bagan lalang. Reunion ini telah dianjur oleh Kelicap Fc yang merupakan kelab bola sepak yang terdiri daripada pelajar2 malaysia yang telah berjaya mencipta kegemilangan sewaktu di jordan terdahulu.

Reunion ini telah dihadiri oleh 20 keluarga dan beberapa pelajar yang masih lagi berstatus bujang walaupun umur telah menjangkau 32 tahun. kebanyakkan keluarga telah mepunyai sekurang2nya seorang anak. hanya ust akmal dan ustat mizul sahaja yang mempunyai 3 orang anak. Berita terkini yang kami terima, ust burn telah mendapat bayi kembar baru-baru ini alhamdulillah, semoga sihat sejahtera selalu dan insa'allah akan diikuti oleh ustad jabar ( radzmi ) yang bakal menimbang cahaya mata juga tidak lama lagi. menurut Dr anak ust Jabar juga kembar lelaki.

antara perogram yang telah dijalankan seperti sukaneka, tresure hunt & BBQ di pantai bagan lalang. semua peserta mula meninggakan hotel untuk balik ke kampung masing2 pada jam 1230 pm 21 Disember 2008... gambar2 ahli keluarga kelicap akan di upload tidak lama lagi...

untuk reunion pada tahun 2009, ahli2 kelicap fc telah mencadangkan akan dilakukan di Kuantan, dan akan di uruskan oleh ustad madi insa'allah. kepada bekas2 pelajar jordan anda amat dialu2kan untuk pertemuan ini..insa'allah reunion tersebut akan diadakan pada 18 - 20 Disember 2009....

Tuesday, December 16, 2008

HUKUM BERSEDEKAH & MENOLAK SEDEKAH

Sedekah adalah suatu amalan yang mulia dalam Islam. Tajuk sedekah nih aku penah mengutarakannya dalam koleksi blog2 aku yang terdahulu. tapi hari nih aku nak cerita sedikit pasai hukum menolak sedekah atau hukum ambil sedekah dari sumber yang baik lah.

dalam Islam hanya rasulullah s.a.w dan ahli keluarganya sahaja diharamkan untuk menerima sedekah, tapi boleh terima hadiah. hadiah & sedekah berbeza ye. ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu hurairah r.a : Suatu hari rasulullah s.a.w mendapati terdapai sebiji kurman di rumahnya, lalu baginda ingin memakannya, namun baginda tidak berbuat demikian kerana dikhuatiri kurma tersebut adalah sedekah ( Riwayat Muslim ).

manakala dalam sebuah hadis lain daripada Aisyah r.a juga: Rasulullah s.a.w menerima hadiah berupa daging ( Riwayat Muslim ).

Manakala bagi orang awam pula, menuruh imam An-Nawawi : digalakkan menerimannya.

Apabila kita menolak sedekah ia tidak bermakna kita mengikut sunnah baginda s.a.w, ini disebabkan baginda telah diharamkan menerima sedekah oleh Allah s.w.t bagi memelihara kemuliaannya.

persoalan seterusnya adalah hukum menolak sedekah ?. Menurut Ibn Qudamah : tidak menjadi kesalahan jika menolak sedekah jika tidak memerlukan dan tiada paksaan untuk menerimannya .

Walau bagaimanapun disarankan untuk menerimannya, ini bertujuan untuk memberi pahala kebaikkan kepada si pensedekah. dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w penah bersabda yang bermaksud : jika kita berniat untuk merbuat kebaikan Allah s.w.t akan memberi ganjaran 1 pahala, apabila kita melakukannya kita akan mendapat 10 kali ganda pahala.. Maka adalah lebih baik kita menerimanya terlebih dahulu sebelum kita menyedekahkannya semula ke masjid atau sesiapa yang lebih memerlukan.

Jika di felda atau dimana2 sahaja.. apabila ada kematian, selepas solat jenazah, kebiasaannya waris si mati akan menunggu dibelakang untuk memberi sedekah untuk si mati, kebiasaannya orang ramai menolaknya..kita seolah2 tidak mahu memberi kebajikan kepada si mati...antara amalan yang diterima oleh si mati adalah sedekah jariah... maka adalah lebih baik kita menerimannya kemudian menyedekahnya semula ke masjid ini kerana menerima h adalah dituntut, menolak sedekah pulan bukan sunnah rasulullah s.a.w...

kadang2 kita tak terima disebabkan takut menyusahkan lagi keluarga si mati...kalau tak bagi..tak menjadi masalah..ini yang memberi..biasanya berkemampuan..dan duit tersebut mmg disimpan untuk sedekah ketika dia mati (nih kisah benar dari ex ci di kolej shahputra..emak dia simpan duit untuk kegunaan ketika mati.. ) . Maka terima terlebih dahulu duit tersebut kemudian letak semula dalam tabung masjid, atau masukkan semula dalam poket tukang bagi duit tuh....fikir2kan lah.....

al-fatihah untuk arwah cik din..pilot kolej kegemaran ku...


HUKUM WANITA KELUAR RUMAH MEMENUHI KEPERLUAN HARIAN



Daripada Hadis Aisyah r.a katanya:

Saudah telah keluar selepas diwajibkan hijab iaitu kain tudung untuk memenuhi keperluannya. Beliau adalah seorang wanita yang tinggi dan gemuk. Orang ramai yang sudah mengenalinya tidak akan terkejut atau hairan melihatnya. Maka Umar bin Al-Khattab melihatnya, lalu menegurnya:

Wahai Saudah! Bagaimana engkau tidak membuat kami terpegun, sesungguhnya aku melihat bagaimana engkau keluar?

Saudah segera pulang. Sementara itu, Rasulullah s.a.w sedang makan malam di rumahku dan baginda masih memegang tulang.

Maka ketika itulah Saudah masuk dan mengadu: Wahai Rasulullah! Aku baru saja keluar, lalu Umar menegur aku begini dan begini.

Kemudian diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w iaitu satu ayat dari surah Al-Ahzab di mana tulang masih lagi berada di tangan baginda yang belum baginda letakkan.

Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya telah diizinkan bagi kamu iaitu kaum wanita untuk keluar memenuhi hajat dan keperluan kamu ( Riwayat Muslim ).

PESANAN BUAT WANITA

dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w telah berpesan :Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama
( Riwayat Muslim ).


Sunday, December 14, 2008

LEBIH TERUK DARI FIRAUN DAN UMAT JAHILIYYAH

Buang anak...atau lebih sadis dikatakan buang baby yang baru dilahirkan..kebelakangan ini itu antara penyakit zaman firaun dan zaman jahillayah yang menjakiti penyakin umat zaman sekarang ini ialah..bunuh anak..kalau zaman firau dulu..setakat anak2 lelaki sahaja yang disuruh bunuh..seperti mana firman Allah s.w.t : dan ketika kami selamatkan kamu dari firaun dan orang-orangnya yang menyiksa kamu dengan siksaan yang seburuk2nye, mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan anak-anak perempuan kamu hidup...( al-Baqarah : 49 ).

mana kala zaman jahiliyyah dulu...dibunuh anak perempuan dan anak lelaki dibiarkan hidup....ini diceritakan oleh Allah s.w.t melalui firmannya dalam surah al-Nahl : 59.. orang2 jahiliyyah akan memikirkan untuk membunuh anak-anak perempuan kerana menurut mereka anak-anak perempuan hanya membawa malu kepada keluarga.

zaman cangih..zaman era it dan teknologi..manusia lagi kejam..bukan setakat anak lelaki sahaja dibunuhnya..anak perempuan pun dibunuhnya...lagi kejam..manusia spesis ape pun tak tau nak kata la...

dosa besar atas dosa besar ..berapa banyak dosa da...dosa berzina + dosa membunuh anak... cukup besar..tapi kalau bertaubat Allah s.w.t ampunkan juga jika tidak syirik...

kadang2 kita tengok orang ngadung anak luar nikah dah teruk..tapi dia lagi baik dari orang yang beranak dan bunuh anak dia...sepanjang hayat dia akan dihantui peristiwa tersebut....jangan buang ..bagi pada orang..ramai orang kahwin tak dapat anak......

Thursday, December 11, 2008

PERBEZAAN ANTARA SEMBELIHAN AQIQAH DAN KORBAN

terdapat perbezaan dan persamaan antara sembelihan korban dan aqiqah.

persamaan adalah dari segi syarat2 tertentu kepada haiwan sembelihan seperti umur haiwan tersebut, pecahan bahagian, bentuk2 kecacatan yang tidak dibenarkan., pemberian daging tujuan penyembelihan juga adalah sama iaitu untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t.

dari sudut perbezaan

1- Masa
korban dilakukan setelah selesai solat hari raya aidil adha sehingga akhir hari tasyriq iaitu raya ketiga.
aqiqah dilakukan ketika menyambut kelahiran anak. ia dilakukan selepas kelahiran bayi.

2-Jantina
bagi ibadah korban, sama ada lelaki atau perempuan ia hanya disunatkan satu bahagian sahaja, jika lebih adalah lebih baik.
manakala bagi ibadah aqiqah pula kanak lelaki disunnatkan 2 bahagian, manakala anak perempuan satu bahagian sahaja. jika tidak berkemampuan tiada masalah jika menyembelih satu bahagian sahaja bagi anak lelaki.

3-Daging
daging korban sunat disedekahkan dengan cara memberi daging yang tidak dimasak kepada fakir miskin atau yang memerlukannya.
daging aqiqah disunatkan dimasak terlebih dahulu sebelum diberi kepada orang ramai.

4- tulang.
dalam ibadah aqiqah sebaik2nye tulang dipotong berdasarkan sendi-sendi haiwan tersebut terlebih dahulu sebelum dipotong kecil. menurut pandagan Ulama' ia bertujuan untuk mengelakkan tulan2 anak2 tersebut mudah patah.


KESABARAN

mudah disebut sukar dilaksana iaitu SABAR. perkara mudah yang pasti boleh dilakukan oleh manusia tapi gagal terlaksana kerana mengikutkan hawa nafsu. di dalam al-quran allah s.w.t berfirman yang bermaksud : Sabarlah..sesungguhnya kesabaran itu suatu keindahan. logiknya untuk menghasilkan suatu yang cantik memerlukan kesabaran yang tinggi. seorang pelukis, pasti memerlukan kesabaran yang tinggi menghasilkan suatu lukisan yang cantik. jika ingin menjadi seorang pensyarah yang hebat, seharusnya perlu mempunyai pengetahuan yang luas. untuk memperolehi pengetahuan yang luas, kita memerlukan pengorbanan masa untuk membaca bahan2 ilmiah. keadaan ini tidak terjadi melainkan dengan kesabaran. di dalam solat juga memerlukan kesabaran.sabar dalam solat bererti kita menghayati setiap perbuatan dan bacaan dalam solat.

sesungguhnya allah bersama orang2 yang bersabar.. orang yang bersabar sangat beruntung kerana apa..kerana Allah s.w.t bersama mereka..Allah s.w.t bersama mereka..bukan CEO, bukan COO, bukan MB, bukan YB..bukan makhluk2 ciptaan Allah s.w.t tapi..pencipta makhluk bersama orang2 bersabar. siapa yang lebih hebat dari pencipta makluk selain Allah s.w.t...tidak kah kita berasa bertuah jika ALLAH BERSAMA kita.. bagaimana cara cukup mudah iaitu dengan BERSABAR.

kesabaran suatu perkara yang perlu minta..sebab itu dalam doa kita memohon kepada ALLAh s.w.t jupaya mengurniakan kesabaran ulul Azmi..ulul azmi ini adalah golonga yang banyak diuji oleh allah s.w.t.. dalam sebuat hadis rasulullah s.a.w bagi bersabda; sesungguhnya pemberian yang paling besar dan paling baik adalah kesabaran.





Wednesday, December 10, 2008

KENDURI AQIQAH DI RUMAH SG KOYAN

ahli dapur..dari kiri..mak cik kiah..mak cik yah..makcik esah..mak aku...yang laki tuh ayah aku...

jiran2 yang perempuan makan sini jeh...
ayah aku melayan tetamu..kot2 ada tak cukup lauk...
lauk kari lembu..daging masak kicap..sayur campur..kerang masak rendang..air tea panas...

SUASANA KORBAN DI SURAU AL-HILAL SG KOYAN 3

nih tulang rusuk yang akan diberi kepada penyumbang2 korban..termasuk aku la dapat... seekor lembu boleh dibahagi kepada 7 orang untuk melakukan korban. satu orang kene bayar
RM 330.00..kalau kat kuantan maybe murah lagi kot..tapi entah la...
pakar lapah tulang-tulang..kepala bagi indon2 yang bekerja di sg koyan. bangla tak jumpa pun
antara yang terlibat adalah aku..sebab kerja senang..he he..lagi pun yang nih je aku paling terro...
bahagian menimbang daging untuk diagaih2 kepada orang koyan.

setiap seorang akan mendapat 500g daging.
daging2 diagih-agihkan megikut blok untuk disedekahkan. bagi orang yang melakukan korban mereka akan diberi daging 3 kilo. tulang2 rusuk dan organ2 dalaman lembu tersebut.
lembu yang berjaya ditumbangkan, akan diikiat kaki supaya senang untuk melakukan proses penyembelihan. penyembelihan korban dilaukan oleh imam dan haji din.
ini adalah surau al-hilal. dulu aku pernah mengajar di sini dan pernak membaca khutbah raya di sini juga.
lembu nih cukup gagah dan ganaz
siap untuk dilapah setelah dikorbankan.
ini lembu yang terakhir dikorbankan. dia bersyukur kerana mati untuk dikorbankan bukan dibaham harimau atau tertelan racun sawin sepeprti kawan2 dia yang lain. aku ada share 1 bahagian dalam lembu nih. aqiqah untuk anak aku. dulu dah buat kambing satu bahagian. yang nih lembu pulak.dulu buat kat rumah inderapura. yang nih buat di sg koyan.
lembu ini agak garang. sukar ditumbangkan. pakar lembu sedang berusaha untuk menumbangkan lembu tersebut.
empat ekor lebu dikorbankan di surau al-hilal sg koyan 3. lembu berjaya ditumbangkan.
warga2 koyan datang untuk melihat korban lembu

DARI INDERAPURA KE SG KOYAN


Perjalanan dari Inderapura Kuantan ke Sg Koyan Raub. Lebih kurang 3 jam perjalanan sepatutnya, namun keadaan yang terjadi sebaliknya bila tibe time raya...jadi sampai 6 jam. sangkut kat bentung sampai raub. padahal jarak dalam 27 KM je..
jalan jadi jem bila ada manusia2 yang tak tau hukum ahkam undang2 jalan raya. seme berkejar2 nak balik kg..kebanyakan ke kelantan...dalam gambar kat atas..hampir2 berlangar dah kete tuh..bas tuh 'kiss' sket jek...tuh sempat aku amik...
jalan 2 hala jadi sehala je..nampak dalam gambo tuh..semua berlumba2..aku sabo je la...sambil2 layan borak ngan wife aku....
wife aku tengah buh mee ngan kue teo goreng..best gak makan2 camni...
Dari inderapura aku singgah kat RNR temerloh..rehat2 sambil makan mee goreng buat sendiri...


2..2..hero ku.masih lagi tido...'adl zahin
..nyeyak sampai teleng kepala..
Add Videoadi zahin...tak ingat punya tido..co-pilot..siap pakai seat belt lagik...

Wednesday, December 3, 2008

NORMAN HAKIM

Norman doa Abby bahagia



KUALA LUMPUR: Norman Hakim tetap mendoakan kebahagiaan Abby Abadi walaupun mengakui tidak pernah berjumpa isterinya sejak kejadian dia ‘diserang’ di lokasi penggambaran Gerak Khas, sebulan lalu.

“Saya mengirimkan SMS kepada Abby termasuk pada hari jadinya ke-31 pada 1 Disember lalu,” katanya.

Antara kandungan SMS itu, katanya, dia mendoakan kebahagiaan isterinya semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, cantik dan ceria selalu serta gembira di samping anak-anak.

Bagaimanapun, katanya, Abby tidak membalas SMS itu...berita penuh...


BLOGGER: saje nak komen sikit.. he he..apa punya cerdik la hang nih norman hakim...hang tuh suami..suami kene berkuasa..kene balik rumah..bini tak mau tengok kita..lantak pi la..dia yang berdosa...kalau hang dah bertaubat la...aku tak tau cita sbenq nye..nih yang aku rasa la na..sapa2 baca..suh norman masuk blog nih....

hang kena balik..tengok anak..amboi..sedih sangat ka chekk bila sebut tang anak..kalau hang dak balik..anak hang memang percaya la hang duk cacar merba kat luaq sana...suami kene balik umah...tak pa la abby duk umah pak dia..kalau hang p la jugak sana nuh....balik jumpa anak-anak...aku ada anak gak..aku tau la cakap....bawak anak2 jalan...hang nak bercerai berai ka..tuh masalah hang ngan bini hang..tapi anak2 kene jaga ooOo..hang tengok sapa nama..wan rozita..yang anak 5A tuh...bergiliq jaga anak oOoo..biar pun depa dah bercerai...sat lagi..pak dia jaga..pastu pulak rozita jaga...islam tuh indah..suh berpisah pun cara indah...bukan bila cerai maknanya putus saudara ..bukan lagu tu....sbb tuh anak depa dapat 5A..hati depa senang..depa pun nampak islam tuh cantik....

ni hang duk kata sayang2 jenguk pun dak..depa bagi ka dak ka..kene p jugak..tak bagi p repot polis..bukan nak keruh keadaan..nak nampak kita sayang..polis pun pandai tlg settel nanti....so camne...pergi la balik jumpa anak nuh..silap mak pak mertua hang pun..tolong jugak....tu pun kalau hang dah bertaubat la.....


PANTANG TEGUR

pantang tegur...sikap orang mana tak tau..asal kita tegur dia kata kita kata dia tak betoi..padahal kita tegur..dia mmg tak betoi..bila suatu isu diminta penjelasan dia kata kita kondem dia...kita pi majlis orang bukan makna kita akan duk ngan depa selama2 nya..kita nak tengok majlis depa ada apa...kita boleh nilai..nih majlis orang tak leh nak pi...majlis kita , kita tak bagi depa mai..takut nampak cacar merba....sikit2 buang.sikit2 buang..hang dah la tinggal berapa kerat ja..duk pebuang habis..tingal la yang 'pantang tegur ja.' pakai duk huru hara la...duk nampak sakit orang..hang duk sakit..tak mau pi perubat..

KETUANAN YANG ADIL

Bukan Melayu tolak

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya daripada organisasi bukan Melayu menolak cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat selain mengelak polarisasi kaum di negara ini.

Mereka menyifatkan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir itu sebagai berbaur perkauman dan mahu sistem pendidikan sedia ada dikekalkan.

Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) dalam kenyataan bersama hari ini kesal dengan kenyataan Mukhriz itu yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan.

‘‘Kami meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelak perkara sedemikian berlaku lagi pada masa depan,’’ jelas kenyataan itu.


BLOGGER: kalau betul le ketuanan melayu tak bagus..boleh ke wujud sekolah-sekolah jenis-jenis kebangsaan nih...jadi indon le jawab nye..nama pun tak de dalam lain2 bangsa...Mukriz saje nak tengok reaksi orang lain..pandai lak tuh suruh ambik tindakan...yang 2 orang dia cakap tuh takde berbaur perkauman ka....jangan buat lawak la...pandai no..kene batang idung dia marah...lain2 kali bila puak2 hang timbul isu bunyi la jugak cam preseden MCA tuh....pa daaaa...

Tuesday, December 2, 2008

YANG BAIK KENE IKUT

Dr.Fadhilah Kamsah menulis

Assalammualaikum. .....

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan
belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum
pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam
biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya
seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan
....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan
anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk
habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik
beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari
itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab
itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok
perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak
sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya
.....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak
bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam
membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita
tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan
sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak
kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia
akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik
...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak
menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa
hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap
kali waktu maghrib .... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang
azan dan sorang Qiam .... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas
solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib
dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling
berkesan sekali .....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak
tiap kali maghrib ..... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar
'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah
walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik
diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!
So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last
sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on
shall pass on his words to others,and those to others again; and may the
last ones understand his words better than those who listen to him
directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do
impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima
Kasih,

Monday, December 1, 2008

KETUANAN MELAYU



Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun pula menyifatkan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Tambah beliau lagi, dalam negara ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.

Jika Mei Fun memahami apakah maksud sumbangan dan jika beliau mentakrifkan sumbangan itu sebagai sesuatu yang berharga seperti wang, melalui cukai dan sebagainya, maka fahaman yang semacam ini perlu diteliti dengan sebaik-baiknya.

Sebagai yang termaklum, apabila bangsa Melayu memberikan kewarganegaraan kepada bukan Melayu, maka bukan Melayu perlulah iktiraf Ketuanan Melayu, Keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan di negara ini. Sekali lagi, Islam adalah kunci utama dalam penyelesaian hal ini.

Ketuanan Melayu ada harganya. Harganya adalah darah dan air mata. Nenek moyang Melayu mempertahankan bumi ini daripada Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan juga penjajah yang lain. Sedangkan, kaum bukan Melayu tak banyak memainkan peranan dalam menolak penjajahan ini, melainkan Jepun sahaja.

Dan, hal ini pun terjadi kerana kesan orang-orang Cina yang tidak suka negara mereka dilanggar oleh Jepun suatu ketika dahulu. Maka jumlah penolakan ke atas penjajahan ini, kaum Melayu yang lebih banyak berkorban berbanding bangsa-bangsa lain. Inilah harga Ketuanan Melayu dan adakah mereka sanggup berkorban?

Apabila menjelang kemerdekaan, atas persetujuan bahawa orang Melayu mahu menerima bukan Melayu sebagai warganegara dan bukan Melayu mahu menerima hak keistimewaan Melayu dan lain-lainnya, maka bermulalah urusan 'membayar' semula hal yang telah dipersetujui itu melalui cukai-cukai, wang yang dilaburkan dan sebagainya.

Maka, orang bukan Melayu selama ini membayar cukai, menyumbang wang, melabur di dalam pembangunan di negara ini kerana melunaskan hutang kewarganegaraan mereka seperti yang diputuskan sejak lama dahulu.

Kewarganegaraan itu ada harganya dan wang yang dilaburkan selama ini cuma sekadar membayar kewarganegaraan tersebut. Inilah yang harus difahami oleh kaum bukan Melayu di negara ini.

Sementara bangsa Melayu membayar wang, cukai dan segala macam pelaburan di dalam negara ini adalah untuk membayar apa yang dinamakan sebagai ketuanan Melayu itu sendiri.

Islam menjelaskan hal ini sebagai berikut. Di dalam sebuah negara yang mana penduduknya memilih untuk tidak menganut agama Islam misalnya, para penduduknya tidak akan pernah dipaksa. Kemudiannya, negara itu diminta untuk terus berada di bawah naungan Islam, membayar ufti, sejumlah wang sebagai tanda ikatan antara mereka.

Dengan perjanjian dan akad itu, negara itu akan terus-menerus dilindungi oleh negara Islam jika negara bukan Islam di bawah naungan mereka yang telah membayar ufti itu diserang oleh sebuah kuasa lain.

Kesimpulannya, janganlah orang bukan Melayu di negara ini menyangka bahawa sumbangan mereka selama ini sama ada dalam bentuk wang cukai pelaburan ini menunjukkan bahawa orang Melayu telah berhutang pula kepada mereka. Malah, sebenarnya mereka berhutang kewarganegaraan kepada orang Melayu.

BLOGGER: apa salahnya mengekalkan ketuan melayu dan memberi hak keistimewaan melayu..apa yang perlu sekarang ini adalah memilih "tuan' yang baik. Tidak perlu kepada mempertikaikan ketuanan dan hak istimewa melayu. memang betul la perasaan-perasaan tidak puas hati akan timbul jika dibaca petikan di atas. kenelah terima hakikat kepada yang bukan berbangsa melayu...sekarang nih pun cukup baik...apa yang melayu dapat semua bangsa buleh dapat..setakat tak boleh masuk UiTM tuh..banyak lagik IPTA di malaysia nih..setakat tak dapat pinjaman MARA ...kerajaan menyediakan pinjamaan yang lain. kalau nak cari salah memang banyak..tapi jika nak berterima kasih cukup sukar...kebanyakkan yang bercakap isu nih pun mungkin ada kepentingan lain...atau mencari publisiti..cuma bimbang peristiwa 13 Mei berulang kembali sahaja jika isu ini terus dipanaskan...yang susahnya adalah rakyat..baik melayu..cina atau india..semua akan susah disebabkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman...Ambil iktibar dari perkara yang sedang berlaku di negara jiran...ekonomi hancur..rakyat menderita..hilang kerja...tuh kalau derang merusuh..sure habis tepi jalan derang bakar..kalau jadi di Malaysia, kedai mana akan hancur..siapa yang banyak berniaga di bandar2..kedai2 elektrik...kedai2 emas..kedai perabut...melayu memang ada..tapi siapa yang lebih banyak berniaga....kene fikir semua ni..jangan fikir jauh sangat..fikir yang simple-simple je.tapi impak dia besar....