Thursday, August 13, 2009

TINGKATAN & DARJAT PUASA



menurut imam al-ghazali, puasa itu mempunyai martabat yang tersendiri. ia terbahagi kepada 3 martabat, iaitu:

  1. puasa orang kebanyakan. puasa jenis ini bagi mereka yang sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, serta menjaga syahwat. darjat macam nih biasa kita dapat. sekadar kita niat untuk berpuasa tetapi mulut betah berkata untuk mencela, mata melilau2 mencari ruang2 terbuka yang boleh merangsang deria2 manusia.
  2. puasa khusus صوم الخصوص. ini merupakan puasa orang-orang soleh iaitu orang-orang yang berpuasa bukan sekadar menahan lapar, dahaga dan syahwat sahaja, bahkan berusaha untuk menjaga pandangan dari melihat perkara yang mengurangkan pahala, kurang berbicara tetapi banyak berzikir, memelihara telinga, menjaga angota badan dari melakukan perkara2 tercela, tidak membazir dan memelihara agar sentiasa positif. martabat ini kita boleh berusaha untuk mendapatkannya.
  3. puasa golongan yang khusus daripada khusus صوم خصوص الخصوص . ini merupakan puasa-puasa para nabi, as-siddiqun & al-muqarrabin. puasa mereka ini berada dikedudukan paling tinggi sekali.