Wednesday, August 24, 2011

LESEN KERETA@MOTOR HILANG

kali nih teman nak cerita sedikit panduan untuk menyelesaikan masalah kalau lesen memandu kita hilang. kalau tanya org tak tau nih macam2 jawapan ade. suruh report polis la. kene ambil semula lah. dan macam2 jawapan bagi kita tambah sakit kepala. ini kisah benar teman. teman sedar lesen memandu hilang semalam bersamaam 24 ramadhan / 24 ogos 2011. so hari nih teman pergi ke JPJ untuk menyelesaikan masalah mudah ini.

pergi kauter pertanyaan kat mana2 JPJ bagi tau dia LESEN HILANG LA TUAN!

dia kata ambil borang ini dan isi, sediakan salinan depan belakang kad pengenalan anda. sekeping gambar ukuran pasport beserta duit RM20 SAHAJA.

so sediakan ape2 yang dia hendak. dah ada semua pergi dapatkan no giliran. sampai turn kita. bagi je semua2 dokumen biar dia proses pe2 patut dulu-bayar duit...pastikan dapat reset. selesai masalah anda kan..

time tuh jugak boleh check balcklist. kebetulan teman ade black list. so kene gi settle dulu. kalau di kuantan nih tempat dia dekat2 jer. so takde masalah. tempat lain teman tak sure la...

roger!


Saturday, August 13, 2011

AKADEMIK RAMADHAN UCSA

bergambar bersama peserta2 lelaki.

senarai peserta perempuan bersama kakak2 fasi yang comel + baik hati

menuju puncak takwa. begituh lah lebih kurang nyer. akademik ramadan kali pertama dianjurkan oleh pihak ucsa. seramai 33 penyertaan di kalangan pelajar2 sekolah rendah sekitar kuantan. penyertaan paling muda adalah pelajar darjah 2.

prog seharian bersama2 pelajar ini banyak memberi pengajalam baru pada teman. biasa kalau buat2 prog sebegini mengendalikan pelajar2 peringkat menengah sahaja. so kali nih lain. pelajar sek rendah. jutaan terima kasih kepada cikgu2 yang mengajar di sek ren. rupe2nyer bapok susohnyer nak handle budak2 camnih. tp menghiburkan.

antara pengisian program yang dijalankan adalah ceramah berkaitan dengan ramadahan. hukum ahkam berkaitan puasa. tadaruus. solat jemaah dan taraweh + witir.

feedback dari parent alhamdulillah menghilangkan penat lelah rasanya. tahun depan tawaran ini akan difikir2kan semula... penat oOOoo..

Tuesday, August 9, 2011

SEPATUTNYA ISTERI BERASA HEBAT

sambil2 penat melayan karenah2 setudent. ambil kesempatan ber'blogging'. kisah kawan perempuan teman bercerita hal suami. agak2 berapa ramai perempuan menceritakan tentang suami mereka ?. laki ke perempuan lebih ramai. pengelaman yang dilalui teman. mmg banyak perempuan citer perihal lelaki mereka compare dengan lelaki. takat nih dalam x-file teman lelaki baru ade sorang.

member teman nih bercerita. suami dia suka suruh dia masak. teman tahu biasanya sebab isteri penat bekerja. balik rumah akan terus bekerja. sehingga malam akan dikerjekan lagi. bila penat melanda rungutan akan tercipta. bentakan dalam jiwa. luahan rasa. teman pun bertanya: suami awok suke makan kat luar ker ? tak suke [sambil geleng2]. tapi dia akan beli lauk di kedai atau makan di kedai ngan anak2 kalau saya sakit. so that mean if u feel well kene masak la klu dia balik ? he he.. meraban omputih..salah tak pe dia tlg betulkan he he.. yeap! .. emmm! so ape masalah kalau awak ok sihat walafiat tlg masak makan sama! .. penat le ust! penat tuh pahala & menghapus dosa yang melambok tuh.. amboi ust..mulut! teman 'krenying jer time tuh'... suami aok suh masak ape biasanyer... dia tak kisah pe2 pun... ape2 pun boleh! ke ape2 pun tak bleh! ape2 pun boleh.. dia suke masak singgam! thui! masak singgam pun penat ke... aku sambil dukung anak je wat mende tuh..

isteri..isteri..sebenarnya isteri sebegituh [suami suka suruh masak] org sangat bertuah. lelaki jenis susah makan luar nih. yang suka masakan isteri. ketahuilah bahawa isteri tersebut telah berjaya menawan pusat segala benda yang berpunca dari perut.. kalau dah gituh keadaannya. masak je lah walaupun masakan singgam..syukur atas permintaan tersebut...isteri gituh jarang jarang dimadukan.. so jangan bimbang..kalau dia nak makan stand by je telur dadar ke. goreng sayur sket...

Thursday, August 4, 2011

TEMPOH MASA MENGERJAKAN SOLAT TARAWEH

bagus juga soalan student teman nih. jawab apa yang teman tahu. kalau ade pelawat2 ada makluman tambahan sila tambah. kalau teman ade makluman yang tidak tepat. sila perbetul. takde masalah pada teman.

kalau mengikut cara yang nabi buat.adalah selepas pada solat insyak. ini merujuk kepada hadis yang menceritakan nabi solat taraweh [disebt sebagai solat pada malam ramadhan]kemudian orang islam ikut. sehingga satu malam nabi tidak melaksanakan solat sunat tersebut tanpa keuzuran. esok nabi bagi tau kepada semua jemaah dia takut solat tersebut dianggap wajib. jadi ini adalah yang paling afdal. sepertimana yang dilakukan seluruh masjid2 di dunia barangkali.

namun ditulis dalam kitab fiqh manhaji solat taraweh boleh dilakukan sehingga sebelum terbit fajar. walluhu a'alam.

Tuesday, August 2, 2011

JAMUAN BERBUKA PUASA & BESDEY ANAK

kawan2 zahin n makcik2 jiran yang datang.
antara jiran2 teman la nih. mmg ajak jiran2 je pun. sbb dah pasang niat hari tuh nak buat jamuan berbuka bersama2. hajat terlaksana sudah.
kek yang dijanjikan. tempah di d'zetty. tapi masih tak mampu lawan yang zura buat kat teman waktu usia anak teman 4 tahun dulu.mmg tak terlawan.
makanan yang dimasak sendiri oleh teman. mee goreng-nasi goreng udang-bubur gandum [rupenyer ramai org tak penah makan] speggeti. roti la beli rm20 jer. air sirap selasih- cikgi midah sponser agar2 & keropok lekor.

sekejap jer masa berlalu.anak teman dan masuk umur 6 tahun. makna nya tahun depan dia dah sekolah rendah.makin pandai bercakap. pandai menjawab tapi masih hisap susu botol.puasa sekerat hari jer. biasa jam 1200 dah takde kuasa dah nih ayah! maknya nyer dia nak berbuka la tuh.

sambil2 buat majlis besday anak. buat jamuan siket2. semua masak sendiri jer. sebabtuh amik cuti 3-4. rehat sambil2 buat majlis berbuka. terima kasih kepada yang menjayakan majlis.