Friday, May 30, 2008

BERSEDERHANA DALAM SEGALA URUSAN



Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan kita umat yang bersederhana dalam segala urusan dunia ini. Maka hendaklah kita bersederhana dalam segala urusan. Tulisan ini terlitas untuk dikongsikan bersama teman-teman apabila melihat youtube seorang pemuda yang dulu merupakan pejuang paling hebat sebuah parti pembangkang yang halal di Malaysia yang bermati-matian menentang sebuah parti lain yang dianggap begitu kotor namun akhirnya turut mendaftar semula sebagai ahli tersebut. Di dalam Al-Quran Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud : Boleh jadi jika kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, boleh jadi jika kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu, sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya ( al-Baqarah:216 ).
Ayat di atas merupakan petujuk kepada kita bagaimana untuk lebih menjadi beradab terhadap perkara yang kita benci atau tidak suka. Apabila kita tidak suka terhadap sesuatu perkara maka jangan terlampau kita membencinya dengan menokok-tambah perkara-perkara buruk, tidak cukup dengan itu kita sengaja mencari sesuatu sumber yang boleh menambahkan kebencian terhadap perkara tersebut, sehingga kita merasakan keputusan kita amat bijak. Renung-renungkanlah...bersederhanalah dalam segala keputusan, kepada Allah s.w.t jualah kita berharap petunjuk.

1 comment:

babazahra' said...

ngeh ngeh ngeh ngeh