Sunday, November 21, 2010

SEKITAR KORBAN DI SURAU AL HILAL SG KOYAN

surau al hilal mmg banyak kenangan kepada teman. tamat pengajian dari jordan tahun 2000. di sinilah teman mula mengasah bakat berdakwah.memberi tazkirah.berceramah. menjadi imam. pengkhutbah. semua nya di sini. tahun 2001. teman meninggalkan sg koyan untuk setia berkhidmat dengan shahputra sehingga hari ini.sg al-hilal hanya di sg koyan 3. daripada imam.bilal. ajk. semua drpd org sg koyan 3 yang kebanyakan adalah tentera2 pencen. surau al hilal setiap tahun mengadakan pengurusan untuk org melakukan korban. baru2 nih sahaja ada 7 ekor korban diadakan.
peserta yang terlibat dengan korban dikehendaki berada berhampiran lembu masing2 mengikut nama yang telah ditetapkan. peserta yang bertenagan muda dan pekasa diminta bantu untuk mengorek lubang. bagi menambus darah sembelihan.supaya tak busuk nanti. gambar; kelihatan peserta mengorek lubang.
antara anak-anak yang hadir untuk melihat lembu. suasana meriah menyelubungi kawasan surau ini.terutama kanak2. apa yang seronoknyer teman tak tau. ituh la seronok zaman kanak2.

lembu berjaya ditumbangkan sebelum disembelih.

susah jugak nak uruskan lembu nih.dari dia duk tegak. nak tumbangkan. dah tumbang nak ikat empat2 kaki.bila dah ikat pegang lagi time nak disembelih.siap sembelih semua ikatan dileraikan.
acara memotong daging dan mengagaih2kan daging kepada masyarakat keliling.

No comments: