Saturday, May 7, 2011

CERAMAH OH! CERAMAH

minggu minggu lepas nih teman berkesempatan untuk join kuliah subuh di sebuah masjid di kuantan. permulaan yang menarik berkaitan dengan Nikmat Allah swt yang paling besar iaitu kita menjadi umat islam. Umat Islam beruntung kerana menggunakan sumber rujukan utama daripada dahulu sehingga kini iaitu al quran yang memang tiada perubahan di dalamnya. begitu diturunkan kepada nabi begitu juga sampai kepada kita hari ini. Hebatkan! umat Islam dahulu hebat kerana al-quran yang sama kita ada pada hari ini. Malah sunnah juga menjadi pelengkap kepada umat islam hari ini. cuma pelik sumber yang sama digunakan hasil berbeda. jika dahulu umat islam cukup gemilang kini tunggang langgan. di mana silapnya! tepuk dada tanya iman..orang dulu sibuk beramal dengan al quran. zaman sekarang sibuk menceritakan kehebatan al quran tp tak plak sibuk beramal...sibuk membicarakan tentang sunah..tapi tak sibuk untuk beramal...mungkin la...

dalam kepetahan membicarakan cerita tentang nikmat tak tahu terkonar ikut mana masuk isu sumpah dato T. tuh hebat penceramah..tambahan isu semasa...teman tak kisah pun isu tuh disebut..ustad tuh ade la sebut isu sumpah tak syarie...dosa besar penyaksian palsu bla..bla..bla...bla..bla.. apa yang disampaikan semua betul.. cuma teman sedikit terkejut, apabila dikatakan bahawa " orang2 camtuh tidak akan diampunkan dosa dia " bukan terkejut sebab apa.. setahu teman la..setakat ilmu yang ada..kita boleh kata sesuatu perkara itu bersalah atau berdosa, cuma bab ampun..syurga..neraka nih...itu urusan allah. mmg teman penah terbaca dalam kitab Riadul Solihin mafhum sebuah hadis mengatakan Allah s.w.t benci ke laknat teman tak berapa ingat dah orang yang mengatakan kepada saudara Islam " allah tak ampun dosa kamu" kerana 'memberi keampunan kerja aku [Allah]...' .

bahaya lidah kita...kita kene jaga lidah kita..teman rasa ustad tuh tersasul je dah tak bermaksud...harap2 gitu la...susah juga kalau petah berbicara...betulla sabda nabi tentang lidah nih..dan tak pelik dalam hadis ade sebut tentang orng pandai berbicara nih..semoga Allah s.w.t lindungi teman...

4 comments:

madier said...

Salam ust..
nak tanya skit pasal ampun dosa ni....kalau org tu buat dosa sesama manusia camne?dgr2 Allah tak akan ampunkan selagi manusia tu tak maafkan dia...tul ke?kalau betul,maybe pceramah tu bmaksud begitu kot...

sukiman said...

pernah tersalah sebut, pernah tersalah tulis...

JPM said...

madier: syarat bertaubat atas kesalahan sesama manusia. syarat pertama kita kene pohon maaf pada orang tersebut. andai orang tuh dah meninggal. kene berbuat baik dengan saudara2 terdekat dia. selebihnya kita mohon ampun kepada allah.. allah ada kuasa paling mutlak untuk beri keampunan..menetukan syurga dan neraka...

sukiman: secara positif teman rs dia tak bermaksud camtuh. cuma penceramah klu dah dapat pegang mice tuh...tak sedo diri dah..

Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum said...

dah gitu madi...ramai la org hok bg ceramah tu silap cakap....sbb ayat mcm tu biasa aku dengar dari ceramah2...dah terbaca nie...aku mintak ampun yek kawan2 klu ada salah dan silap....hehehe (nak bertaubat nie)