Tuesday, December 4, 2012

DURIAN KOYAN BER KOYAN-KOYAN

buah durian yang belum di kutip belakang rumah tn hj rahman. ini baru sepokok. durian kali ini tak dijual kerana musim durian kali ini sangat menjadi.

durian yang dah dikutip akan dilonggokkan di sini. untuk dinikmati oelh tetamu2 yang datang sama ada anak2 tn hj rahman dan hjh rasimah atau biras atau jiran2 atau anak jiran2..semua akan merasa makan

durian yang baru dikutip. memang kelihatan segar bugar..tak macam yang jual kat pasar malam.
musim durian di koyan. sg koyan adalah kampung teman. tempat teman membesar. kalau tempat lahir adalah di perak, taiping, batu kurau, kg sempeneh. tapi teman dah jadi org pahang. sbb terrer cakap pahang. kalau kawan2 datang koyan hari nih..di kala pagi yang hening..kalau menghirup nafas segar...pasti akan terbau durian. nak menunjukkan banyaknya durian di koyan..disebabkan terlalu banyak durian kali ini. durian2 yang tidak larat utk dimakan akan dibuat tempoyok (rm5 sekilo.kalau amik borong) atau dibuat lempok (mau2 dua hari kalau kacau atas kawah)..

No comments: