Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya Ifrit dari kalangan jin telah datang untuk menggodaku semalam agar aku lalai ketika sembahyang. Tetapi Allah telah melindungi aku daripadanya sehingga aku dapat menangkapnya iaitu menjerat lehernya. Aku mempunyai keinginan untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid hingga ke waktu pagi supaya kamu semua dapat melihatnya. Kemudian aku menyebutkan kata-kata saudaraku Nabi Sulaiman a.s: رَبِّ اغْفِرْلِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي Tuhanku! Ampunilah aku, berikanlah kepadaku suatu kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh seorang pun selepasku. Maka akhirnya Allah melepasnya secara menolak Ifrit tersebut dalam keadaan rugi, hina dan lemah
Wednesday, April 1, 2009
Wednesday, March 25, 2009
MIMPI! MIMPI! OH! MIMPI
Hadis Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi itu ada yang datangnya dari Allah dan ada pula yang datangnya dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau meludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali, kemudian dia memohon perlindungan daripada Allah dari kejahatannya. Mimpi itu tidak akan membahayakannya (Riwayat Muslim)
APABILA DATANGNYA MALAM
Apabila datang malam..beberapa perlu dijaga bagi mengelakkan berlakunya malapetaka..atau mengundang malang..Hadis Monday, March 23, 2009
KUCING HILANG
KUCING NI AKU JUMPA SEMALAM...KUCING SAPA NIH....Hadis
Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang wanita diseksa gara-gara seekor kucing. Beliau mengurungnya sampai mati, kerana kucing itulah beliau masuk Neraka. Beliau telah mengurungnya tetapi tidak memberinya makan dan minum bahkan beliau tidak mahu membiarkan kucing itu memakan serangga-serangga tanah (Riwayat Muslim)
Subscribe to:
Comments (Atom)
