Sunday, February 15, 2009

KISAH PELACUR YANG DIAMPUNKAN ALLAH


Hadis Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat dari kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan. ( Hadis Riwayat Imam Muslim ).

TAUBAT SEORANG PEMBUNUH

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai 99 orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah 100 orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat .....

Sunday, February 8, 2009

MELAYU! MELAYU !

hidup melayu.. ada dua makna kalau diamati betul2..pertama hidup orang melayu....atau semangat kemelayuan...waktu zaman2 penentangan penjajah dulu..zaman jepun dulu..slogan hidup melayu nih sering lah diusung ke sana dan sini..sehinggalah ke zaman ini.... makne yang ke dua ada hidup yang sedang melayu..ibarat pokok bunga yang tidak disirang..maka dia akan menjadi layu..


Thursday, February 5, 2009

MELAYU & POLITIK

melayu oh melayu...macam2 dah jadi sekarang nih...nak percaya pun susah...dari yang pakai baju bertali leher..sehingga yang pakai serban kopiah...bila cakap..tak de yang dia tuh tak sempurna..mesti dia yang sempurna..jarang nak dengar ahli politik cakap..emm..saya mohon maaf atas kesilapan tersebut..kami akan cuba baiki kesilapan tersebut...senario yang biasa kita dengar..oOOoo..ituh bukan urusan kami...jabatan tut yang sepatutnya..kepala hotak!! dia bak kata kasar orang2 muda sekarang ini...manusia nih kalau ada dalam jiwa nih riak..mmg dapat musibah segera...allah s.w.t sayang la kat hamba dia yang kene musibah tuh..sebab taknak hamba dia riak berterusan..sesekali diuji..maka kurang la sikit dosa dalam jiwa tuh..time tuh baru kita ingat pada allah s.w.t yang lebih berkuasa..sebelum nih mungkin kita rasa kita ada kuasa..bila allah s.w.t tarik semula...mgkin akan mengigatkan bahawa ada lagi yang maha kuasa..rupanye kuasa kita tuh takde ape2 la sangat...

tunjuk sana.tunjuk sini..masalah tak leh selesai jugak..iye la tamak harta..tamak kuasa...bila dah tamak mengisi dalam jiwa..mana ada lagi rasa pemurah dalam diri...sebab tamak kuasa la...bebudak tadika kene belajo dari luar bangunan kemas...( anak sedara sepupu aku pun jadi mangsa )...nih sebab pemimpin tamak kuasa..yang tak cerdik..rasa syok sendiri..dan tak sayang kat anak2 seagama sebangsa dan senegara..semua sebab politik..yang dirasakan akan dipikul ke syurga..gamaknye lah....kerje tempat sendiri tak selesai..nak menyibuk tempat orang...kata orang zionis la..israel lah...macam2 lah...itu la pemimpin yang tamak kuasa..atau gile kuasa...

hari2 masalah orang melayu.buka la mana2 channel TV pun..mesti masalah orang melayu..masalah tentera pun orang awam nak masuk campur..awak tak masuk tentera..jangan nak cakap lebih2 tentera..bukan kerajaan paksa masuk tentera...bukan aa paksaan jadi komando..dah nak jadi..kene la tanggung..mati pun mati la...macam orang masuk lumba kereta..mmg tau dah risiko mati tuh tinggi..dah dia nak masuk ...siapa boleh halang...orang hamas nuh..jiwa kental la sebab boleh hidup lagi sampai hari nih..gaza tuh dapat ke palestin semula...

politik melayu pun makin hebat sekarang nih..lompat melompat parti...alasan mesti ada nye...yang pasti bukan sebab duit...ada akal sendiri pikir la....yang best nye.melayu tetap akan jadi MB di perak..yang dilantik pulak..mmg rakyat tempat dia suka..mungkin bagus la kot...pasnih .musuh2 politik dia akan tengok adik beradik dia...ada la kata dia makan rasuah la...dapat projek tuh la nih lah..bior pun dia dah kaya sekang nih....tapi yang nampak tak best nye..yang akan jadi isu...amik orang lompat parti...amik orang ada tuduhan rasuah..tuh semua jadi punca kecman berterusan la..yang pasti kalau dua manusia tuh didapati tak berslah..yang pasti orang akan kata...kuasa politik....betul tak.....serupe je lah politik....

...politik...