Sunday, February 22, 2009

KELEBIHAN ORANG YANG KEMATIAN ANAK

gambar hiasan


pagi ini aku dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh ita..berita tentang kematian anak sahabat aku..pian finance..minggu lepas ada dia ceritakan pasai anak dia..dah nampak ok..nak besar..dah gerak2...wajah dia juga mengambarkan keceriaan..sebb dia boleh tengok anak dia di ward...

dengan kehendak allah s.w.t yang lebih menyayangi anak nya..pagi nih jam 6.00 am...dia dah pergi yang pasti tidak akan kembali ke alam dunia ini. walau pun pahit haruslah ditelan..buat sahabat ku..sabar atas kehendak allah s.w.t.... di sini ada berita gembira untuk anda...sebuah hadis daripada Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:

Seorang perempuan datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Orang lelaki boleh mendengar Hadis daripada mu pada bila-bila masa. Oleh itu luangkanlah satu hari kepada kami untuk kami pelajari daripada mu apa yang telah diajarkan oleh Allah s.w.t. Baginda bersabda: Berhimpunlah kamu pada hari yang tertentu. Rasulullah s.a.w kemudiannya mendapatkan mereka serta mengajar beberapa perkara yang telah diajarkan oleh Allah s.w.t. Lalu baginda bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang kematian tiga orang anak, nescaya mereka akan menjadi penghalang ibunya dari diazabkan dengan Neraka. Seorang perempuan bertanya: Bagaimana dengan mereka yang kematian dua orang anak, bagaimana dengan mereka yang kematian dua orang anak, bagaimana dengan mereka yang kematian dua orang anak. Baginda bersabda: Begitu juga mereka yang kematian dua orang anak, begitu juga mereka yang kematian dua orang anak, begitu juga mereka yang kematian dua orang anak
( Riwayat Muslim).

walau pun hadis ini tidak megatakan suatu berita gembira untuk bapa...kita kene percaya..ada balasan baik yang untuk kita..sekurang2 nye..dan ada 'wakil penghuni syurga' dgn izin allah s.w.t.. walaupun kematian seorang anak..pasti kelebihan yang setimpal akan diperolehi bagi golongan yang boleh menerima kenyataan.....menerima ketentuan ilahi..

al-fatihah.......

Friday, February 20, 2009

TAHUKAH ANDA ..CICAK HARUS DIBUNUH

Merujuk kepada beberapa hadis yang sahih...cicak adalah antara haiwan yang digalakkan supaya ia dibunuh..menurut sebuah hadis Ummu Syarik r.a:Sesungguhnya Nabi s.a.w menyuruhnya supaya membunuh cicak ( Riwayat Muslim ). Manakala menurut hadis Aisyah R.A : Rasulullah s.a.w mengelar cicak dengan gelaran Fuwaisik iaitu sangat jahat ( Riwayat Muslim).

daripada hadis di atas, jelas kepada kita bahawa cicak adalah haiwan yang boleh dibunuh..tetapi bukan disiksa. maknanya bunuh cara paling cepat untuk menapai tahap kematiannya. ini mungkin disebabkan sifat cicak yang agak pengotor dan membawa penyakit...hanya Allah s.w.t lebih mengetahui....

Tuesday, February 17, 2009

BELAS TERHADAP HAIWAN




Hadis Abu Hurairah r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan di jalanan dan beliau amat kehausan, tiba-tiba beliau terjumpa sebuah telaga. Beliau segera turun ke dalam telaga tersebut untuk meminum airnya. Kemudian apabila beliau keluar dari telaga tersebut, beliau melihat seekor anjing mengeluarkan lidahnya menjilat-jilat debu kerana kehausan. Lelaki tersebut berkata di dalam hatinya: Anjing ini mesti kehausan seperti aku. Oleh itu, beliau turun semula ke dalam telaga dan memasukkan air ke dalam kasutnya yang diperbuat dari kulit iaitu khuf dan menggunakan mulutnya untuk menggigit kasut tersebut supaya dapat membawa naik kasut yang berisikan air itu untuk diberikan kepada anjing tersebut. Melihat hal itu, Allah berterima kasih kepadanya, dan mengampuninya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perbuatan kita terhadap binatang seperti anjing tersebut boleh mendapatkan pahala? Rasulullah s.a.w menjawab: Setiap yang mempunyai roh (bernyawa) ada pahalanya ( Riwayat Muslim)

Sunday, February 15, 2009

KISAH PELACUR YANG DIAMPUNKAN ALLAH


Hadis Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat dari kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan. ( Hadis Riwayat Imam Muslim ).