Thursday, June 11, 2009

ISTERI AMBIL DUIT SUAMI YANG KEDEKUT

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Hindun binti Utbah isteri Abu Sufian datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Abu Sufian adalah seorang yang bakhil, dia tidak memberikan nafkah yang cukup untuk aku dan anak-anakku, kecuali harta yang telah aku ambil tanpa pengetahuannya. Apakah dalam hal ini aku akan menanggung dosa? Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: Ambillah hartanya itu dengan cara yang baik, iaitu sekadar mencukupi untuk dirimu dan anak-anakmu (riwayat imam muslim ).

ada seorang hamba allah nih. sama tempat aku keje. suami dia kedekut dia bagi tau. duit tuh bagi tapi siket sangat..duit dia yang banyak keluar..dia tanya boleh dok nak amik senyap2...lalu aku mencarilah hadis2 yang berkaitan..alhamdulillah jumpa...hukumnya harus..tapi berpada-pada la..mintak lagi bagus kau kata...bukan ape takut kantoi..ngamuk lak suami...so suami pun jangan le kedekut kalau pun isteri kerja..

wallahhu a'alm.

Monday, June 8, 2009

HADKAN 10 SUBJEK UNTUK SPM: RELEVEN ATAU TIDAK


satu keputusan ini yang telah pun diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya”, katanya. ini bermakna tak de dah selepas ini pelajar yang akan mendapat lebih daripada 10A1. maka akan hilanglah warna-warni keputusan pelajar spm di malaysia. apakah yang akan terjadi kepada pelajar2 sekolah agama dan sekolah agama yang mempunyai aliran sains. adakah mereka ini dikecualikan daripada 10 subjek sahaja. perkara ini pun perlu dibincangkan dengan lebih detail lagi.

andaian yang mengatakan pelajar yang mengambil melebihi 10 subjek membebankan, pada blogger kurang tepat. ini kerana kebanyakan pelajar yang berjaya mendapat 20a1 atau 19a1 semuanya mengambil pelajaran tersebut kerana minat termasuk pelajar cemerlang tahun ini. bukan dipaksa ambil. apabila kita lakukan sesuatu perkara kerana minat, blogger yakin pembaca boleh tahu hasilnya bagaimana. tapi jika belajar kerana mengikut orang itu yang menimbulkan masalah.

blogger juga berpandangan bagi sebahagian subjek tidak perlu kepada kelas tambahan, cuma perlu ulangkaji atau membuat sedikit latihan sahaja, sebagai contoh subjek sains moden, mungkin bagi pelajar aliran sains yang mengambil fizik, biologi & kimia tiada masalah kalau ingin menambah subek tersebut. begitu juga subjek pengajian islam dan tasawwur islam yang kelihatan ringan pada pelajar aliran agama.

tunggu dan lihat sahaja warna-warni suasana keputusan spm nanti, mungkin tiada yang akan menanti2 untuk melihat siapakah yang mendapat pelajar berjaya mendapat keputusan tertinggi ..kerana seluruh malaysia sudah tahu..pelajar yang tertinggi akan mendapat 10a1 sahaja.

bebaru nih blogger ada dengar cerita dari seorang parent tentang nur amalina pelajar cemerlang tahun 200* , tapi cerita tak seronok...betul ke..sesiapa yang tahu..bleh cite sket.... azali azan pulak ape citer yek...takde dah ke nak wat liputan tentang pelajar2 tersebut...

BUAT SAHABAT SAHABAT NAK BERHIJRAH...

kata keramat buat yang akan berhijrah ke tempat lain. mungkin allah sudah memakbulkan doa hambanya yang inginkan sesuatu yang lebih baik dari pandangan mata. semoga kehidupan yang bakal dilalui lebih menyeronokkan.... dan bertambahlah ke syukuran kepada allah s.w.t atas perkenannya...doa2kan sahabat di sini supaya ditambah nikmat kesyukuran.

Thursday, June 4, 2009

UNIVERSITI APEX PUN TERSILAP....

100 pelajar, ibu bapa serbu USM


Kecoh di USM: Jawatankuasa siasatan bebas ditubuh

atas nama manusia, mesti ade kecacatannya walaupun menjadi universiti apex. itulah yang berlaku di usm bebaru ini. antara jadi mangsa adalah anak pakcik kat rumah aku.. dia kata: orang bodo macam kami nih dok kene pemain ngan depa je la. untuk meredakan keadaan dia. aku kata: sabaq la pakcik oi..ada hikmah tuh. dari riak wajah dia memang dia sangat sedih aku rasa, anak dia dapat result power kat matrik...3.50 above.kalau tak silap aku borok ngan anak dia hari tuh...macam mane bleh silap yek....harap2 pas nih anak dia dapat better offer la..pak cik tuh hanya jual goreng pisang je kat inderapura..