Tuesday, October 28, 2008

CERITA PELAJAR PEREMPUAN

Pelajar perempuan tendang guru disingkir

28/10/2008 7:11pm

KANGAR 28 Okt. — Seorang pelajar perempuan yang bertindak ganas dengan menendang seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dekat sini baru-baru ini disingkir daripada sekolah itu berkuatkuasa hari ini.

Pengarah Pelajaran Perlis Mansor Lat ketika dihubungi Bernama hari ini berkata keputusan menyingkirkan pelajar tingkatan dua itu diputuskan Jawatankuasa Disiplin sekoleh itu namun beliau tidak menyatakan bila keputusan itu dibuat.

Sebelum ini, pelajar berusia 14 tahun itu yang menendang guru sivik, Azhana Ibrahim, 27, di dalam bilik darjah sekolah itu pada 16 Okt lalu telah digantung persekolahannya selama seminggu untuk siasatan.

Bagaimanapun setelah siasatan selesai, jawatankuasa itu memutuskan pelajar itu disingkir daripada sekolah yang sebahagian besar pelajarnya berketurunan Cina...berita lanjut click sini...


Cina kat semenanjung ni berbeza sedikit dengan cina dekat sabah&sarawak kot...kat sana bagus2 la aku rasa..setakat yang aku penah jumpa la...anak2 murid wife aku semua cina waktu kat Sarikei dulu..tapi hormat orang tahap maksima...kurang hajo tuh ada..tapi time kene marah dia diam je..wife aku kata la...kat semenanjung nih tak semua la kot..ada hok aku kenai baik je..anak jiran aku ..bagus je..setakat hari nih la...

No comments: