Wednesday, November 5, 2008

BARACK OBAMA

Obama Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat


BARACK Obama bersama isteri dan dua anak perempuannya melambai ke arah penyokong semasa perhimpunan raksasa di Grant Park, Chicago, lllinois sejurus selepas memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat malam tadi.– AFP


WASHINGTON 5 Nov. – Barack Obama, hari ini memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain.

Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengetepikan pencabar kuat daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki White House
BERITA PENUH
KINA NAK LIHAT APA PEMBAHARUAN YANG DIA AKAN BAWAK..KHUSUSNYE ISU TENTERA AMARIKA DI IRAQ DAN AFGANISTAN....

No comments: