Tuesday, November 25, 2008

MATI SYAHID

Mati berlaku apabila roh terpisah daripada jasad, maka jasad diuruskan oleh orang lain bagi urusan mandi, kafan dan mengkebumikan jenazah. Setiap makhluk Allah s.w.t termasuk malaikat izrail akan mati, yang kekal hanya Allah s.w.t sahaja.

Umumnya mati terbahagi kepada 2, iaitu mati biasa dan mati syahid. Apa yang hendak dibincangkan adalah berkaitan dengan mati syahid.

mati syahid pula terbahagi kepada 3 iaitu 1. syahid dunia dan akhirat. 2. syahid dunia sahaja 3. syahid akhirat sahaja.

1. syahid dunia dan akhirat adalah syahid yang terjadi kepada pejuang-pejuang Islam yang berjuang kerana Allah s.w.t dan mati mereka jua adalah kerana Allah s.w.t. Syahid jenis ini berlaku dalam keadaan peperangan antara Islam dan Kafir.. kebiasaannya jenazah tidak dimandikan, sebaliknya akan dikafankan bersama pakaiaannya.

2. syahid dunia sahaja. keadaan ini terjadi kepada pejuang2 Islam yang mati dalam medan peperangan, kelihatan mereka memperjuangkan agama Allah s.w.t tapi rupa2nya kerana bangsa mereka atau ingin menjadi wira. Hal ini hanya diketahui oleh Allah s.wt dan rasul nya...Pernah terjadi dalam peperangan Islam, jika tidak silap peperangan Badar, sampai dia satu jenazah, Rasulullah s.w.t menguis2 dengan kakinya mayat tersebut, lalu sahabat tanya mengapa baginda melakukan demikian, lalu Rasulullah s.a.w menjawab, dia bukan mati syahid tetapi kerana ingin menunjukkan kelakiannya.....

3. syahid dunia. Syahid dunia bermaksud mereka akan mendapat balasan diakhirat sepertimana orang mati syahid disebabkan peperangan. bezanya di dunia ini mereka akan dimandikan, dikafankan , disembahyangkan kemudian di kebumikan. syahdi jenis ini telah disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh abu Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda, terdapat 5 golongan yang mati syahid : 1. mati kerana penyakit taun, 2. mati kerana sakit di dalam perut, 3. mati kerana lemas, 4. mati kerana runtuhan atau kemalangan, 5. mati kerana berjuang dijalan Allah s.w.t...mati kerana sakit dalam perut termasuk juga mati ketiga bersalin...terdapat hadis lain menceritakan bahawa mati terbakar juga merupakan mati syahid.

walau bagaimana pun, hak mutlak bagi mengenalpasti siapa yang syahid atau tidak adalah hak Allah s.w.t. Manusia hanya menilai berdasrkan apa yang dilihat sahaja. sebaik-baiknya hendaklah sentiasa menilai positif kepada sesiapa pun......

3 comments:

jankaulu said...

pengebom bali tu macam mana ustad? kawan saya kata (dia bukan ustad) syahid sbb mati tersenyum, dia ada kirim gambar melalui internate.

donno said...

pengebom bali? aku rasa ustad pun tak dapat bagi jawapan tepat. hanya Tuhan je yg tahu.

Dari artikel ustad ni, kita pikir je lah sendiri. Tak payah la kita nak tahu dia syahid ke tak... sememangnya kita tak tau.

KOYAN said...

betul cakap dono....yang betul2 tahu allah sahaje..tapi kat sini ada beberapa rasional la kot : syahhid nih jadi kalau kita bunuh orang memerangi islam..tapi waktu dia bom..ramai yang mati..termasuk kanak2 ( menurut berita la )orang2 tua....dan ada orang islam juga yang turut mati...tapi tak boleh la nak kata dia tak syahid jugakan..kerana dia kata untuk Islam..hanya dia dan allah s.w.t je tahu..nak kata mati senyum nih tanda syahid..ada kebenarannya..tapi kalau kita tengok agama lain..dia siap mekap mayat sampat tersengeh lagi...apa2 pun kita doakan ksejahteran ke atas roh si mati semoga memperoleh kedudukan yang tinggi di sisi allah s.w.t...dan mendapat pahala syahid..