Saturday, December 27, 2008

155 terbunuh serangan Israel


Penduduk Palestin membantu seorang wanita yang cedera parah dalam serangan udara Israel di bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza...berita penuh...

Rasulullah s.aw bersabda : Sesiapa yang tidak perihatin terhadap perkara2 yang berlaku kepada umat Islam lain, mereka bukanlah daripada golongan umat ku..

mari sama-sama kita doakan semoga umat Islam palestin memperoleh perlindungan Allah s.w.t daripada tentera jahat yahudi laknatullah...

No comments: