Thursday, December 11, 2008

KESABARAN

mudah disebut sukar dilaksana iaitu SABAR. perkara mudah yang pasti boleh dilakukan oleh manusia tapi gagal terlaksana kerana mengikutkan hawa nafsu. di dalam al-quran allah s.w.t berfirman yang bermaksud : Sabarlah..sesungguhnya kesabaran itu suatu keindahan. logiknya untuk menghasilkan suatu yang cantik memerlukan kesabaran yang tinggi. seorang pelukis, pasti memerlukan kesabaran yang tinggi menghasilkan suatu lukisan yang cantik. jika ingin menjadi seorang pensyarah yang hebat, seharusnya perlu mempunyai pengetahuan yang luas. untuk memperolehi pengetahuan yang luas, kita memerlukan pengorbanan masa untuk membaca bahan2 ilmiah. keadaan ini tidak terjadi melainkan dengan kesabaran. di dalam solat juga memerlukan kesabaran.sabar dalam solat bererti kita menghayati setiap perbuatan dan bacaan dalam solat.

sesungguhnya allah bersama orang2 yang bersabar.. orang yang bersabar sangat beruntung kerana apa..kerana Allah s.w.t bersama mereka..Allah s.w.t bersama mereka..bukan CEO, bukan COO, bukan MB, bukan YB..bukan makhluk2 ciptaan Allah s.w.t tapi..pencipta makhluk bersama orang2 bersabar. siapa yang lebih hebat dari pencipta makluk selain Allah s.w.t...tidak kah kita berasa bertuah jika ALLAH BERSAMA kita.. bagaimana cara cukup mudah iaitu dengan BERSABAR.

kesabaran suatu perkara yang perlu minta..sebab itu dalam doa kita memohon kepada ALLAh s.w.t jupaya mengurniakan kesabaran ulul Azmi..ulul azmi ini adalah golonga yang banyak diuji oleh allah s.w.t.. dalam sebuat hadis rasulullah s.a.w bagi bersabda; sesungguhnya pemberian yang paling besar dan paling baik adalah kesabaran.





No comments: