Thursday, December 11, 2008

PERBEZAAN ANTARA SEMBELIHAN AQIQAH DAN KORBAN

terdapat perbezaan dan persamaan antara sembelihan korban dan aqiqah.

persamaan adalah dari segi syarat2 tertentu kepada haiwan sembelihan seperti umur haiwan tersebut, pecahan bahagian, bentuk2 kecacatan yang tidak dibenarkan., pemberian daging tujuan penyembelihan juga adalah sama iaitu untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t.

dari sudut perbezaan

1- Masa
korban dilakukan setelah selesai solat hari raya aidil adha sehingga akhir hari tasyriq iaitu raya ketiga.
aqiqah dilakukan ketika menyambut kelahiran anak. ia dilakukan selepas kelahiran bayi.

2-Jantina
bagi ibadah korban, sama ada lelaki atau perempuan ia hanya disunatkan satu bahagian sahaja, jika lebih adalah lebih baik.
manakala bagi ibadah aqiqah pula kanak lelaki disunnatkan 2 bahagian, manakala anak perempuan satu bahagian sahaja. jika tidak berkemampuan tiada masalah jika menyembelih satu bahagian sahaja bagi anak lelaki.

3-Daging
daging korban sunat disedekahkan dengan cara memberi daging yang tidak dimasak kepada fakir miskin atau yang memerlukannya.
daging aqiqah disunatkan dimasak terlebih dahulu sebelum diberi kepada orang ramai.

4- tulang.
dalam ibadah aqiqah sebaik2nye tulang dipotong berdasarkan sendi-sendi haiwan tersebut terlebih dahulu sebelum dipotong kecil. menurut pandagan Ulama' ia bertujuan untuk mengelakkan tulan2 anak2 tersebut mudah patah.