Monday, August 17, 2009

PENING YANG MEMENINGKAN

itulah yang terjadi kepada aku hari nih...student mamg suka tanya isu2 yang pelik2 tapi benar..benar yang derang baca cerita tersebut. dalam utusan : nik aziz kata: undi umno tak masuk syurga, harun sani kata: takde nas tak masuk syurga...isu2 camni mmg certain2 student suka tanya...itulah yang ditanya kepada aku hari ni tat kala aku tengah pening2 lalat kerana baru pas donate darah...pagi hanya makan separuh roti canai kongsi sama anak lelaki ku...pastu radix secawan...sebabtuh penin ...

aku punya jawapan..mungkin pembaca bleh bagi komen nanti:

1- paper cakap camtuh kot, maybe salah terjemah maksud kedua2 tokoh agama tuh...jawapan nih nak cover je...tau student tuh leh cakap... ok ust andaikan mende tuh betoi... bleh lak dia pusing soalan camtuh... aku memikir le kejap....

2- menurut maksud firman Allah s.w.t dalam surah an-nisa' ayat 48: sesungguhnya allah s.w.t tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik menyekutukan allah s.w.t dan akan mengampunkan dosa selain daripada mensyirikan allah sesiapa yang dikehendaki.. siapa yang syikir dengan allah memang lah allah sw.t mengharamkan daripada masuk syurga....bukan ust yang cakap..kata ku kepada student yang macam nak tau sangat nih..ini merujuk firman allah s.w.t dalam surah al-maidah ayat yang ke 72: sesungguhnya sesiapa yang mensyirikkan allah s.w.t diharamkan kepadanya untuk masuk syurga... memang confident je aku baca ayat tuh..sebab budak depan akuu nih kawan dia budak tahfiz..dah habis hafal 30 juzuk beb...tapi selalu kata saya bukan al-hafiz ustad..al-habis je..sungguh merendah diri....

kembali topik utama kita ye...so aku kata ayat2 tadi ape yang ko paham...dia cakap dia paham dah....betullah aku kata ahli umno tidak akan masuk syurga kalau dia tuh bukan beragama Islam..kalau dia beragama islam dan tidak syirik kepada allah s.w.t...insa'allah masuk... masuk syurga nihkan atas rahmat allah je....nabi pun kata dia masuk syurga kerana rahmat allah...

Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Amalan seseorang tidak akan dapat menyelamatkan diri masing-masing. Seseorang bertanya: Walaupun engkau wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Ya! Walaupun aku tetapi Allah telah meliputi rahmat-Nya kepadaku. Tetapi kamu berusahalah sungguh-sungguh!


.

No comments: