Monday, August 17, 2009

SELAGI TAK SYIRIK INSA'ALLAH SYURGA

sambungan dari citer stdnt semalam...aku sambung...harun sani cakap pun betul jugak..mmg tak de nas pun orang pas masuk syurga..kalau orang islam sure ada peluang masuk surga...kalau orang pas tuh islam...dan mati dalam keadaan tidak syirik kepada allah s.w.t..insa'allah masuk la dalam syurga....allah maha pengampun hambanya...sifat pengampun allah s.w.t diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh termizi, hadis nih mempunyai darjat hassan sahih: daripada anas bin malik r.a: aku dgr rasulullah s.a.w bersabda: allah s.w.t berfirman: wahai anak adam! kalau dosa engkau sebesar 7 petala langit, kemudian engkau memohon keampunan aku, aku ampunkan engkau. wahai anak adam! kalau engkau buat salah kepada aku sebanyak tujuh petala bumi, selagi engkau tidak syirik kepada aku, aku akan datangkan keampunan lebih besar dari 7 petala bumi.. yang beza adalah cara umat islam dimasukkan ke dalam syurga, seperti yang diceritakan oleh rasulullah s.a.w orang yang terakhir sekali akan dimasukkan ke dalam syurga akan datang dalam keadaan merangkak..Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya...

manakala dalam sebuah hadis lain pula menceritakan keadaan kebangkitan nanti:

Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Az-Zubair r.a katanya: Bahawa beliau pernah mendengar Jabir bin Abdullah r.a ditanya tentang kebangkitan di akhirat. Maka beliau berkata: Kita dibangkitkan pada Hari Kiamat begini dan begini. Lihatlah! Ertinya: Kedatangan manusia itu mengikut darjat masing-masing. Lalu dipanggil umat-umat dengan berhalanya dan apa yang mereka sembah suatu ketika dahulu, secara berturutan. Setelah itu, Tuhan datang kepada kita lalu berfirman: Siapakah yang kamu tunggu? Maka mereka pun menjawab: Kami menunggu Tuhan kami. Allah berfirman: Akulah Tuhan kamu. Mereka akan berkata: Sehingga kami melihatMu dulu. Terserlah pada mereka Tuhan tertawa. Lalu Dia membawa mereka dan mereka pun mengikuti-Nya. Setiap seorang di antara mereka samada munafik atau mukmin akan diberi nur iaitu cahaya. Kemudian mereka mengikuti cahaya tersebut melalui jambatan Neraka Jahanam, terdapat besi-besi pengait dan berduri yang boleh meragut sesiapa saja yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian nur iaitu cahaya orang-orang munafik padam, sedangkan orang-orang mukmin selamat. Selamatlah rombongan pertama yang terpancar pada wajah mereka bagaikan bulan purnama seramai tujuh puluh ribu orang tanpa dihisab. Kemudian orang-orang berikutnya seperti terangnya bintang-bintang di langit, demikianlah seterusnya. Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun meminta syafaat, sehingga mereka dapat mengeluarkan dari Neraka sesiapa yang melafazkan: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan di hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum. Mereka akan ditempatkan di halaman Syurga lalu Ahli Syurga akan memercikkan mereka dengan air sehinggalah daging mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu tumbuhan selepas banjir dan hilanglah hangusnya. Kemudian dia iaitu orang terakhir meminta, sehingga diberikan kepadanya dunia dengan sepuluh kali ganda

kesimpulannya kalau nak makan buah dokong pansenam...kena la oder kat orang pangsenag...kalau nam makan durian..tanam la pokok durian..tak pun beli la buah durian..baru dapat durian...camtuh gak kalau nak masuk syurga..buat la perangan ahli syurga...takkan la tuh pun tak leh nak pikir...guane gamok.....






No comments: