Thursday, October 1, 2009

HARUS SOLAT SAMBIL DOKONG ANAK

ada seseorang yang menghantar msg malam tadi. dia baru balik umrah ke ape ke aku tak pasti..cuma soalan yang dia tanya, dia pelik tengok ade orang lelaki solat sambil dokong anak dia..dia tanya sah ke dak solat tuh...

aku bagi jawapan merujuk kepada ilmu yang aku ada..di samping aku suruh dia rujuk2 ust2 lain takut aku tersalah bagi maklumat..

aku kata sah je solat tuh...sebab dia tidak tinggalkan rukun, dan tidak melakukan perkara yang membatalkan solat...

dia tanya budak tuhkan pakai pampes..emm..aku katakan dalam pamperskan bukan kene baju dia atau kulit dia pun...untuk menguatkan hujah lagi..aku membelek2 hadis, alhamdulillah jumpa hadis nih.

Hadis Abu Qatadah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah sembahyang sambil menggendong kanak2. Menurut keterangan Abu Al-As bin Rabi', ketika Rasulullah berdiri, Umamah puteri Zainab binti Rasulullah s.a.w yang bapanya bernama Abi Al-As bin Ar-Rabi' digendong oleh baginda dan ketika baginda sujud, Umamah akan diturunkannya
(riwayat muslim)

No comments: