Thursday, June 24, 2010

INTERAKSI HUKUM : PAHANG FM

program yang baru 2 kali aku menyertainya sebagai tetamu. 1st tq pada ust bad. dia rekemen teman rasanya. program ini agak santai dibanding dengan gema jumaat yang sudah hampir 2 tahun lebih teman jadi tetamu program tersebut. bebaru nih dalam interaksi hukum teman bawak tajuk BUDAYA SALAM..tajuk ringan2 je la.

sempat juga teman menjawab beberapa soalan daripada beberapa panggilan. biasanya pahang f.m . tidak cut mana2 pangilan yang dibuat.kalau soalan tuh daripada pembangkang..terbukang la ustad nak menjawabnyer.tapi persoalan tuh boleh dibuktikan dengan hadis.biasa akan tersenyum sahaja ustad2 akan menjawab. termasuk la teman.setakat hari nih.alhamdulillah tiada lagi soalan uji minda. biasanya teman boleh jawab. kalau tak boleh jawab teman kita akan rujuk kepada yang lebih arif lah. nak2 hukum2 berkaitan dengan penceraian.talak dan sbgnya.

bebaru nih soalan yang perlu penghuraian adalah berkaitan dengan SALAM 1 MALAYSIA...SALAM PERPADUAN.....insa'allah bulan tujuh pulak..tak tahu lagi tajuk pe nak pilih...kalau sahabat ade idea boleh la bagi..kalau boleh tajuk ringan2 jer....

3 comments:

khairi said...

baru nih ada ustad kat masjid ceramah kata takleh bagi salam 1 malaysia. alasan dia kata salam adalah kata2 daripada allah, dia refer pada 1 ayat dalam surah yasin. camne tah huraian dia, maaflah, tak ingat sangat.

sukiman said...

eh, saya selalu guna salam satu malaysia tu...

KOYAN said...

ini pada pandagan saya yer. salam tuh lebih tepat nama allah sebenarnya...dalam alquran pada saya semua kata2 allah..takde kata makhluk dalam alquran.. wallahu alam...

sy kata boleh sebab ia adalah perkataan yang baik. tak tau plak camne bleh nampak tak baik..so tak salah ucam mende2 baik..ada pandagan ulama mengatakan..kalau tidak boleh berbahasa arab boleh mengucapkan salam dalam bahasa yang difahami selagi membawa maksud yang baik.

cuma lebih tepat bleh kata salam 1 malaysia tuh kaedahnya tidak syarie..sebb nabi tak ajar camtuh...

allah jua lebih mengetahui...