Tuesday, August 28, 2012

OKU - KAMI BANTU III


kali ini kami terjah ke kampung tiram. setelah kami dapat sedikit maklumat dari sahabat2 yang tau. sebelum ini bantuan ke ibu tunggal dan fikir miskin. maklumat kami perolehi daripada rakan wartawan yang penah membuat liputan. kedua2 penerima bantuan di kg yang sama.gambar atas sekali tuh. dimaklumkan oleh mak dia. anak dia nih masuk bulan ramadhan ini bebaru ini terus tak boleh nak bergerak. terbaring je. sebelum ini ok je boleh menguruskan diri sendiri dengan kerusi roda. sekarang ini nak buang najis besar pun perlu dipapah oleh si ibu yang dimamah usia. nasib baik ade gak adik dia bantu. semoga allah kembalikan kesihatan semula kepada lelaki tersebut. pesanan penaja biasanya ' sakit2 pun kene sembahyang ye bang'..insa'allah...ade rezeki baik la kiteee..

gambar ke dua nih. sadis cerita dia. ayah dia jaga. ibu pun dah tak sihat. asalnye dia kata sakit kebas2 tangan je. kerja asal bawa lori. ada 3 orang. semua dijaga oleh tok aki dia. sebb isteri dia lari.. tergamak kan manusia zaman sekarang..biasa dengar isteri ditinggalkan suami..kali nih isteri meninggalkan suami yang sedang sakit..nak cakap pun tak boleh dah dia nih...semoga allah kurniakan kekuatan kepada ayah dia terus menjaga beliau...

No comments: