Thursday, October 18, 2012

BERDOSA KALAU MAMPU TAPI TAK KORBAN!

keras bunyi ayatnyer tuh. apabila seorang sahabat teman meminta penjelasan tentang hukum melakukan ibadah korban. katanya dia dengar tazkirah seorang ustad..ust tuh kata camtuh..nak berhukum kene ade dalil. kalau tiada dalil lebih baik dirujuk kepada pandangan dan perbincangan ulama'. kita nih menyampaikan apa yang dibincangkan oleh ulama'. itu adelah lebih baik...

mungkin ade asasnya kenyaan 'keras' yang dibuat oleh ust tersebut. kalau kita rujuk kitab hadis : memang terdapat sebuah hadis yang bermaksud: sesiapa ade kesenanggan, dia tidak melakukan ibadah qurban. maka jangan hampiri masjid tempat solat kami . ( hadis ini diriwayatkan oleh imam ahmad. ibn majah. al-darqadtni dan al-hakem ). Melalui hadis ini sebahagian ulama' mengatakan wajib kepada sesiapa yang mampu untuk melakukan korban. kalau dah hukum wajib, jika tidak melakukan maka jadilah berdosa hukumnya. bukan begituh..

pandangan jumhur ulama' ( Kebanyakan Ulama' ) mengatakan ibadah korban adalah sunnah yang sangat2 dituntut. ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim: rasulullah bersabda: sesiapa yang melihat anak bulan zul hijjah dan ingin melaksanakan ibadah qurban. hendaklah dia menahan dari memotong kuku dan rambut.

manakala sebuah hadis lain pula mengatakan bahawa: tiga perkara menjadi wajib kepada Nabi sunnah kepada umatnye  ialah ibadah Qurban, Solat Dhuha dan Solat witir.

...maka jumhur mengatakan bahawa ibadah qurban hanya sunaah yang dituntut sahaja...kepada yang berkemampuan...


No comments: