Thursday, June 18, 2009

GEMA JUMAAT 19 JUNE 2009 PAHANG FM

hari nih aku dijemput sekali lagi untuk menjadi tetamu di rancangan GEMA JUMAAT di pahang fm. program dikendalikan oleh abang adnan. bermula jam 915 am- 10 am.. kejap je..pagi nih kepala agak pening sikit...tapi ok je..

bulan lepas sistem keselamatan biasa je..tapi kali nih time aku nak masuk je ke pahang fm...ada pulok palang automatik...kene menapak la sket masuk dalam..amik kad tetamu di pondok keselamatan..baru boleh masuk.....

topik kali nih pasai syukur..tajuk mudah2 je..senang orang nak bincang dan paham..tajuk berat2 sangat takut orang tak paham..tapi paling takut..aku yang salah jawab..aku senang je..tak tau kata tak tau..maleh nak pandai2...lantok orang nak kate ape...

terima kasih kepada pendengar dan yang bertanya..dari kelana jaya..haji abd muin..dia tanya bagaimana nak bior konsisten je kite bersyukur..yang boleh aku rumuskan dari jawapan aku beri kat dia...jangan mengunakan nikmat kurniaan allah ke arah maksiat..selagi tuh lah kita bersyukur... syamsul taman tas...dia nih mmg pendengar setia gema jumaat kot..ada je soalan dia...dia tanya pasai artis ...aku tak berani nak kata alhamdulillah derang tuh tak diterima allah..sebab aku rasa derang tetap berusaha (artis2 yang ok la nih..pepaham le yek).....bukan dengan cara tikam nombor...cuma aku kata..kalau ada pilihan lain..pekerjaan yang lebih direda'i..pilih lah jalan tersebut....Tok Janggut pun ada kol..pn norihan dari bentong..dan msg dr abang Tan sahabat pahang fm..tanya pasai syukur orang menang no ekor.....pastuh talian ditutup...aku cite sket pasai kelebihan orang bersyukur...n penutup..ngam2 10 am kene stop....


Wednesday, June 17, 2009

AYAT SYIFA' ENAM

penah dengar tak ayat syifa' enam. diriwayatkan daripada al-syihab daripada al-qusyairi..sesungguhnya anak beliau sakit berpanjangan, pelbagai rawatan daripada tabib telah dilakukan tetapi masih belum sembuh. suatu malam beliau telah bermipi bertemu rasulullah s.a.w lalu belua mengadu kepada rasulullah s.a.w tentang masalah yang dihadapi...lalu rasulullah s.a.w telah mengajar beliau ayat syifa' enam. menurut kitab mafatihul al-farj..sama ada dibaca dan dihembus kepada air..atau ditulis atas bekas air dibaca..lalu disuruh minum....ayat2 tersebut ialah:

surah taubat: ayat 14.
surah yunus: 57
surah al-nahl: 69
surah al-isra' :82
surah al-syu'ara': 80.
surah fussilat: 44.

boleh lah mencuba ye....

Tuesday, June 16, 2009

KELEBIHAN SURAH WADDUHA ( والضحى )


maklumat ini diambil daripada kitab (من مفاتح الفرج لترويح القلوب ) . sesiapa yang membaca surah wadduha sebanyak 7 kali ketika terbit matahari dan membacanye semula 7 kali lagi ketika tenggelam matahari insa'allah dengan izin allah s.w.t pencuri tidak akan berjaya memasuki rumahnya, jika ada orang nak berbuat jahat terhadapnye, dengan izin allah s.w.t dia akan terselamat, akan dihindari penyakit berbahaya termasuk H1N1 (kalau dulu taun je). jika pencuri menghampiri rumah tersebut ia akan dapati terdapat tembok yang besar dan tidak akan bertemu dengan pintu untuk masuk rumah tersebut.

zaman nih, rumah hebat mana pun sistem keselamatnya, pasti akan diceroboh. selalu kita baca dalam paper kereta jenis2 mewah dicuri dan dilarikan..adakah kereta ini tidak mempunyai sistem keselamatan yang cangih..tentu jawapannya ada...begitu juga rumah2 yang siap lengkap dengan jaga..turut diceroboh...kenapa perkara ini terjadi....lain tidak bukan..allah mahukan hambanya kembali memohon perlindungan kepadanya...kerana allah yang berkuasa atas segala perkara.

tapi harus juga diingat, bukan bermaksud dengan beramal ayat2 ini, kita bior pintu rumah melopong je terbuka...amalan tersebut seharusnya dilakukan setelah kita berusaha untuk mengelakkan rumah kita dari diceroboh...insa'allah s.w.t....


Monday, June 15, 2009

CHIN PENG: BIARLAH YANG LAYAK BERBICARA

isu chin peng nih biar yang layak sahaja berbicara. maksud blogger yang memikul senapang untuk menjaga keamanan suatu masa dahulu..yang menentang kominis dan konco2 nye..yang patah riuk kene jerangkap samar..orang2 nih yang boleh bagi kebenaran pada chin peng atau nak balik semula ke mesia nih..bukan bermaksud rakyat malaysia yang terlibat tak maafkan dia..mungkin ada yang dah maafkan...tapi taknak dia kembali melukakan memori luka terdahulu...

memang la orang2 politik berkuasa untuk berkata...tapi baik jangan bercakap sangat..kerana ia akan kelihatan menjelekkan..nak..nak...yang menyokong pulak chin peng pulang ke malaysia...biar bekas2 askar ke..komando ke...polis ke...macam kes kat bukit kepong...derang yang buat keputusan....

teringat blogger suatu kisah..kisah seorang lelaki yang telah membunuh saidina hamzah...bukan ke dia lastly masuk islam..tapi time kuliah nabi..nabi mohon tak nampak muka dia...bukan nabi benci..tapi tak nak ingat ke pak sedara dia yang dibunuh oleh dia...pikir2 kan lah.....