Monday, December 7, 2009

ULAM-MAK

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula

Sunday, December 6, 2009

SUJUD


Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Luruskanlah badan ketika bersujud dan janganlah salah seorang dari kamu mendamparkan kedua lengannya iaitu merapatkan siku ke tanah seperti anjing mendamparkan kaki hadapannya

Tuesday, December 1, 2009

SEMBAHYANG ORANG MUNAFIK



Hadis Anas bin Malik r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a katanya: Sesungguhnya beliau datang menemui Anas bin Malik di rumahnya yang terletak di Basrah, ketika itu Anas baru saja selesai mendirikan sembahyang Zuhur. Rumahnya terletak berdekatan dengan masjid, sewaktu kami menemuinya dia terus bertanya: Adakah kamu sudah sembahyang Asar? Kami menjawab: Sesungguhnya kami baru saja selesai dari sembahyang Zuhur. Tetapi Anas berkata: Sembahyanglah Asar. Maka kami pun mendirikan sembahyang. Setelah kami selesai mendirikan sembahyang, Anas berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Itulah sembahyang orang munafik. Dia duduk menunggu iaitu memerhati matahari sehingga sampai antara dua Tanduk Syaitan iaitu telah menguning sinarnya maka barulah dia bergegas mendirikan sembahyang empat rakaat dengan cepat dan tidak banyak berzikir mengigati Allah: hadis riwayat imam muslim

emmm....so camne..ade2 gaya macam kita sembanhyang...tunggu nak habis zohor baru kelam kabut solat..pastu terus sambung solat asar....sama dak macama yang diceritakan oleh hadis di atas...

renung2kanlah ye.....

Monday, November 30, 2009

BERAYA DI KONTI PAHANG FM

nih tengah tunggu turn kat ruang menuggu di luar konti...

tahun nih pengalaman baru aku...biasanye balik kampung tapi kali nih 2 perkara terlepas 1- tak dapat join rombongan ke UK 2nd-tak beraya kat kampung..kali pertama beraya di taman seri inderapura...sebb nak memenuhi jemputan prog gema jumaat bulan ini yang jatuh pada hari raya haji...so tapok pun pasai raya korban..... lepas solat raya di masjid l-hidayah..terus gerak ke rtm pahang...

dj yang bertugas pun bukan dengan abang nan..kali nih ngan afni suhaimi...dj baru yang mula start bertugas pada bulan september 2009...apa2 dia sangat2 ok..gambar tak dapat nak amik..kamera abis bateri lak.....