Tuesday, August 9, 2011

SEPATUTNYA ISTERI BERASA HEBAT

sambil2 penat melayan karenah2 setudent. ambil kesempatan ber'blogging'. kisah kawan perempuan teman bercerita hal suami. agak2 berapa ramai perempuan menceritakan tentang suami mereka ?. laki ke perempuan lebih ramai. pengelaman yang dilalui teman. mmg banyak perempuan citer perihal lelaki mereka compare dengan lelaki. takat nih dalam x-file teman lelaki baru ade sorang.

member teman nih bercerita. suami dia suka suruh dia masak. teman tahu biasanya sebab isteri penat bekerja. balik rumah akan terus bekerja. sehingga malam akan dikerjekan lagi. bila penat melanda rungutan akan tercipta. bentakan dalam jiwa. luahan rasa. teman pun bertanya: suami awok suke makan kat luar ker ? tak suke [sambil geleng2]. tapi dia akan beli lauk di kedai atau makan di kedai ngan anak2 kalau saya sakit. so that mean if u feel well kene masak la klu dia balik ? he he.. meraban omputih..salah tak pe dia tlg betulkan he he.. yeap! .. emmm! so ape masalah kalau awak ok sihat walafiat tlg masak makan sama! .. penat le ust! penat tuh pahala & menghapus dosa yang melambok tuh.. amboi ust..mulut! teman 'krenying jer time tuh'... suami aok suh masak ape biasanyer... dia tak kisah pe2 pun... ape2 pun boleh! ke ape2 pun tak bleh! ape2 pun boleh.. dia suke masak singgam! thui! masak singgam pun penat ke... aku sambil dukung anak je wat mende tuh..

isteri..isteri..sebenarnya isteri sebegituh [suami suka suruh masak] org sangat bertuah. lelaki jenis susah makan luar nih. yang suka masakan isteri. ketahuilah bahawa isteri tersebut telah berjaya menawan pusat segala benda yang berpunca dari perut.. kalau dah gituh keadaannya. masak je lah walaupun masakan singgam..syukur atas permintaan tersebut...isteri gituh jarang jarang dimadukan.. so jangan bimbang..kalau dia nak makan stand by je telur dadar ke. goreng sayur sket...

Thursday, August 4, 2011

TEMPOH MASA MENGERJAKAN SOLAT TARAWEH

bagus juga soalan student teman nih. jawab apa yang teman tahu. kalau ade pelawat2 ada makluman tambahan sila tambah. kalau teman ade makluman yang tidak tepat. sila perbetul. takde masalah pada teman.

kalau mengikut cara yang nabi buat.adalah selepas pada solat insyak. ini merujuk kepada hadis yang menceritakan nabi solat taraweh [disebt sebagai solat pada malam ramadhan]kemudian orang islam ikut. sehingga satu malam nabi tidak melaksanakan solat sunat tersebut tanpa keuzuran. esok nabi bagi tau kepada semua jemaah dia takut solat tersebut dianggap wajib. jadi ini adalah yang paling afdal. sepertimana yang dilakukan seluruh masjid2 di dunia barangkali.

namun ditulis dalam kitab fiqh manhaji solat taraweh boleh dilakukan sehingga sebelum terbit fajar. walluhu a'alam.

Tuesday, August 2, 2011

JAMUAN BERBUKA PUASA & BESDEY ANAK

kawan2 zahin n makcik2 jiran yang datang.
antara jiran2 teman la nih. mmg ajak jiran2 je pun. sbb dah pasang niat hari tuh nak buat jamuan berbuka bersama2. hajat terlaksana sudah.
kek yang dijanjikan. tempah di d'zetty. tapi masih tak mampu lawan yang zura buat kat teman waktu usia anak teman 4 tahun dulu.mmg tak terlawan.
makanan yang dimasak sendiri oleh teman. mee goreng-nasi goreng udang-bubur gandum [rupenyer ramai org tak penah makan] speggeti. roti la beli rm20 jer. air sirap selasih- cikgi midah sponser agar2 & keropok lekor.

sekejap jer masa berlalu.anak teman dan masuk umur 6 tahun. makna nya tahun depan dia dah sekolah rendah.makin pandai bercakap. pandai menjawab tapi masih hisap susu botol.puasa sekerat hari jer. biasa jam 1200 dah takde kuasa dah nih ayah! maknya nyer dia nak berbuka la tuh.

sambil2 buat majlis besday anak. buat jamuan siket2. semua masak sendiri jer. sebabtuh amik cuti 3-4. rehat sambil2 buat majlis berbuka. terima kasih kepada yang menjayakan majlis.

Sunday, July 31, 2011

SOLAT TARAWEH 4 RAKAAT 1 SALAM

hukum solat taraweh. solat 4 rakaat bg 1 salam jer. spttnya 2 kali salam. ialah habis 2 rakaat bg salam. habis 2 rakaat bg salam. cuma ada terjadi kadang2 imam terlupa duk thayyat akhir dia sambung terus jadi tiga. alang2 tiga imam akan terus tambah 1 lg jadi empat. maka jadi lah 4 rakaat 1 salam. apa hukumnya sahabat teman bertanya: maka kalau merujuk kepada kitab fiqh manhaji sembahyang tersebut tidak sah kerana khilaf masyru' atau dalam bahasa melayunya bercangan dengan syarak. wallahualam.