Tuesday, November 11, 2008

MENASABKAN ANAK KEPADA SUAMI IBU SEKALIPUN PERKAHWINAN KURANG DARIPADA ENAM BULAN

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut;

“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”

Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008...BERITA PENUH....


AKU SETUJU SANGAT PANDANGAN DAN CADANGAN NIH..KALAU BOLEH..SEGERAKAN PANDANGAN INI....DULU ADA KAWAN2 AKU BERTANYA..AKU CAKAP SEPATUTNYA BOLEH..CUMA UNDANG2 KAT MALAYSIA JE TAK BOLEH....SEKANG NIH DAH ADA ORANG YANG AUTORITI BERCAKAP..MAKA AKU SANGAT SETUJU SEMOGA DISEGERAKAN..DAN DIPERSETUJUI OLEH SEMUA MAJLIS AGAMA...DEMI MEMELIHARA MARUAH ANAK YANG TIDAK BERDOSA.....

Monday, November 10, 2008

SARANAN SHAHRIZAT DITOLAK RAFIDAH

Saranan saya ditolak – Shahrizat

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu isu peralihan kepimpinan dalam pergerakan itu dirunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Berikut adalah kenyataan beliau yang dikeluarkan di sini sebagai respons kepada keputusan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO hari ini:

“Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO mahu satu perundingan melibatkan Datuk Kamilia Ibrahim (yang layak bertanding Naib Ketua Wanita) diadakan...BERITA PENUH...

RAFIDAH TOLAK SARANAN SHARIZAT

Rafidah Aziz bersalam dengan Shahrizat Abdul Jalil selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO di Kuala Lumpur, semalam.

RAFIDAH ENGGAN BERGANJAK...

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Exco Pergerakan Wanita UMNO yang bermesyuarat selama lima jam hari ini memutuskan pelan peralihan kuasa antara Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikekalkan pada Jun 2009...BERITA PENUH...

SALAM PUN MACAM TAK IKHLAS JE..SENYUM PUN MACAM BUAT2 JEK....SEPATUTNYA..KALAU ORANG DAH TAK BERAPA NAK UNDI KITA TUH..RETI2 LA SIKIT....SEPATUTNYA LAGI AWAI...BUAT MACAM PAKLAH..KAN OK GITU....

Sunday, November 9, 2008

OBAMA:ANTARA KITA DENGAN AMARIKA OLEH DR MOHD ASRI

Dunia hari ini nampaknya memberikan harapan yang besar kepada Barack Obama, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru sahaja memenangi pilihan raya Presiden dengan cemerlangnya. Sokongan dan harapan diluahkan seakan beliaulah penyelamat dunia dari penyalahgunaan kekuatan oleh beberapa presiden AS sebelumnya.

Ketika pilihan raya itu berlangsung, saya berada di Jakarta atas lawatan kerja bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Nampaknya, orang Indonesia pun ramai yang sokong Obama. Ada poster dan kain rentang yang menyatakan sokongan kepadanya. Tidak pasti, sama ada kerana dia pernah tinggal di Indonesia, atau kerana dia dilihat lebih baik dari ‘para penghisap darah manusia’ yang berada di tampuk itu sebelumnya.

Bersama DYTM Raja Muda Perlis di hadapan Pejabat Majlis Ulama Indonesia, Jakarta pada 5hb November 2008.

Beberapa pihak lain juga dengan pantas menyatakan sokongan kepada Obama. Saya masih belum dapat membuat keputusan yang pasti. Politik itu boleh merubah banyak perkara terutama watak dan sikap manusia. Namun, saya mengharapkan sekurang-kurangnya beliau dapat mengurangkan mudarat Amerika kepada dunia yang banyak berlaku sebelum ini, terutama dalam isu Iraq dan Palestin...BERITA PENUH...