Sunday, November 9, 2008

OBAMA:ANTARA KITA DENGAN AMARIKA OLEH DR MOHD ASRI

Dunia hari ini nampaknya memberikan harapan yang besar kepada Barack Obama, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru sahaja memenangi pilihan raya Presiden dengan cemerlangnya. Sokongan dan harapan diluahkan seakan beliaulah penyelamat dunia dari penyalahgunaan kekuatan oleh beberapa presiden AS sebelumnya.

Ketika pilihan raya itu berlangsung, saya berada di Jakarta atas lawatan kerja bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Nampaknya, orang Indonesia pun ramai yang sokong Obama. Ada poster dan kain rentang yang menyatakan sokongan kepadanya. Tidak pasti, sama ada kerana dia pernah tinggal di Indonesia, atau kerana dia dilihat lebih baik dari ‘para penghisap darah manusia’ yang berada di tampuk itu sebelumnya.

Bersama DYTM Raja Muda Perlis di hadapan Pejabat Majlis Ulama Indonesia, Jakarta pada 5hb November 2008.

Beberapa pihak lain juga dengan pantas menyatakan sokongan kepada Obama. Saya masih belum dapat membuat keputusan yang pasti. Politik itu boleh merubah banyak perkara terutama watak dan sikap manusia. Namun, saya mengharapkan sekurang-kurangnya beliau dapat mengurangkan mudarat Amerika kepada dunia yang banyak berlaku sebelum ini, terutama dalam isu Iraq dan Palestin...BERITA PENUH...

No comments: