Friday, August 14, 2009

SEKADAR RENUNGAN

masuk je kelas hari nih..ada setudent perenpuan tanya..ust macam mana nak sucikan hati kita ? emm...aku kata first kene jaga solat..dia sambung..tapi kenapa ramai orang sembahyangtapi macam emm.... aku pintas akap dia..macam ape..bagi contoh... dia kata; kuat mengata orang, kedekut... aku gelak je..ha ha ha..orang pompuan la tuh kan...dia kata dokkk eh.orang laki pun sama....

dalam nada agak serius aku kata..maybe dia tak jaga solat dia...student lain nyampuk...jaga camne ust...dalam hati aku..sah la aku tak ngajo seperti sepatutnya... banyak kene jaga...perkara-perkara yang wajib dijaga sebelum solat, ketika solat dan selepas solat... ku tengok muka bebudak nih makin blurr je...aik takkan tuh pun tak tahu..kata dalam hati la...aku pun mulalah bercerita...dari pada kene jaga kebersihat..wuduk..bla..bla..2 sampailah masuk waktu..semua tuh kene jaga.bila dah masuk waktu..ketika kene sembahyang kene jaga rukun..aku terus tanya..rukun solat ada berapa wok!!!ada jawab sebelas..ada jawab 13 belas...paling best jawapan selamat...tak sure...ok aku kata ada tiga belas...aku pun mengayakan 13 rukun tersebut..aku tak bg tau direct menda apa 13 tuh..satu2 aku gayakan..biar derang ingat dan tahu...

time aku cakap topik kene tahu maksud bacaan...aku pelajar lelaki mencelah...kalau tak tau camne ust..susah nak hafal....aku bagi jawapan yang selamat je la...aku cakap kene ada usaha nak tingkatkan qualiti solat la...dari tak solat..kene solat..pas solat..jaga masa...cuba berjemaah...cuba faham..yang penting niat nak menigkat kualiti solat tuh ada la....

kelas senyap seketika..ok lah dalam hati aku....harap2 derang leh paham....last2 aku cakap..kalau solat tuh dah terpelihara..hati tuh ok la...kalau masih buruk perangai...ada la tak kene solat tuh.......

Thursday, August 13, 2009

TINGKATAN & DARJAT PUASA



menurut imam al-ghazali, puasa itu mempunyai martabat yang tersendiri. ia terbahagi kepada 3 martabat, iaitu:

  1. puasa orang kebanyakan. puasa jenis ini bagi mereka yang sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, serta menjaga syahwat. darjat macam nih biasa kita dapat. sekadar kita niat untuk berpuasa tetapi mulut betah berkata untuk mencela, mata melilau2 mencari ruang2 terbuka yang boleh merangsang deria2 manusia.
  2. puasa khusus صوم الخصوص. ini merupakan puasa orang-orang soleh iaitu orang-orang yang berpuasa bukan sekadar menahan lapar, dahaga dan syahwat sahaja, bahkan berusaha untuk menjaga pandangan dari melihat perkara yang mengurangkan pahala, kurang berbicara tetapi banyak berzikir, memelihara telinga, menjaga angota badan dari melakukan perkara2 tercela, tidak membazir dan memelihara agar sentiasa positif. martabat ini kita boleh berusaha untuk mendapatkannya.
  3. puasa golongan yang khusus daripada khusus صوم خصوص الخصوص . ini merupakan puasa-puasa para nabi, as-siddiqun & al-muqarrabin. puasa mereka ini berada dikedudukan paling tinggi sekali.

Wednesday, August 12, 2009

KASIH

rasulullah s.a.w mencium Hasan bin ali dan di sisinya al-akra' berkata; sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka. maka rasulullah s.a.w memandangnya lalu berkata: sesiapa yang tidak memberi kasih dan sayang, maka dia tidak akan diberi kasih dan sayang ( riwayat bukhari ).

tip untuk kekasih
  • kasihlah allah s.w.t kerana itulah kasih yang sejati dan abadi
  • kasihi dahulu kemudian baru dikasihi
  • kasih itu menuntut pengorbanan, tanpa pengorbanan kasih tidak akan berpanjangan.
  • jangan mengharap balasan, kasih yang suci tidak mengharap balasan.
  • jangan bimbang jika tidak dikasihi, tetapi bimbanglah jika tidak mampu mengasihi
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::solusi 10:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tuesday, August 11, 2009

KOLAM KELI

kolam setelah dicuci..sebelum dikeringkan...

pokok keladi bunting dilembang ke ceruk