Friday, June 3, 2011

SEKITAR MAJLIS AQIQAH 'AMR ZAHIN MUHAMMAD

antara tetamu yang hadir pada hari tersebut. terima kasih diucapkan.
macam2 ada untuk dimakan. sambal plam. kuah asam. tempoyak. ulam serai kayu..
memperkenalkan yang berdiri abg sham. jiran sebelah kiri. yang duduk din kipsas. dua tenaga yang banyak membantu. dari menyiang ikan sampai bakar ikan keli.
jutaan terima kasih tak terhingga kepada kumpulan marhaban seri inderapura.
meja yang siap dipasang pada pagi hari sebelum majlis dijangka mula jam 1015. time nih ikan keli masih belum dibakar lg.
nih sorang lagi org yang banyak membantu menyiapkan ikan. mr nash. malam nih siang 200 ekor keli. mula kul 9 malam siap jam 11 malam dengan 4 tenaga kerja
kambing jantan nak diakikahkan.
kambing jantan ke 2 yang siap utk diaqiqahkan. kambing ini terpaksa ditukar disaat2 akhir sebelum hari kejadian sbb tukang sembelih tuh. taknak sembelih kembing betina. so kelam kabut teman cari kambing jantan. ramai lagi masyarakat berkepercayaan bahawa kambing betina tidak boleh di aqiqahkan.

Tuesday, May 24, 2011

SEDIKIT VS SIKIT-SIKIT

Rasulullah sedikit tidur
kita sikit-sikit tidur

Rasulullah sedikit makan
kita sikit-sikit makan

Rasulullah sedikit marah
kita sikit-sikit marah

Rasulullah sedikit bergurau
kita sikit-sikit bergurau

Rasulullah sikit-sikit beramal
kita sedikit beramal

Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam
kita sedikit pengorbanan

Saturday, May 21, 2011

KITA @ TUAN-TUAN - KITA LAGI SELAMAT

isu kecil je. tapi bagi besar pada teman. pengunaan perkataan ketika berceramah@tazkirah dll. teman selesa guna 'kita' ' contoh ayat : menurut hadis tersebut kita kene berusaha untuk datang solat berjemaah, pahala berganda2" contuh ayat 'tuan-tuan': menurut hadis tersebut tuan-tuan kene berusaha untuk datang solat berjemaah, pahala berganda2".. contoh pertama lbih kelihatan: memberi ingatan kepada jemaah dan diri sendiri. ayat kedua agak nampak yang bercakap agak bagus. barangkali sebab pengunaan perkata 'tuan-tuan ' menyebabkan ramai ahli jemaah orang2 biasa, sebaliknya ustad-ustad lebih banyak solat kat rumah...renung2kan lah..

Saturday, May 7, 2011

CERAMAH OH! CERAMAH

minggu minggu lepas nih teman berkesempatan untuk join kuliah subuh di sebuah masjid di kuantan. permulaan yang menarik berkaitan dengan Nikmat Allah swt yang paling besar iaitu kita menjadi umat islam. Umat Islam beruntung kerana menggunakan sumber rujukan utama daripada dahulu sehingga kini iaitu al quran yang memang tiada perubahan di dalamnya. begitu diturunkan kepada nabi begitu juga sampai kepada kita hari ini. Hebatkan! umat Islam dahulu hebat kerana al-quran yang sama kita ada pada hari ini. Malah sunnah juga menjadi pelengkap kepada umat islam hari ini. cuma pelik sumber yang sama digunakan hasil berbeda. jika dahulu umat islam cukup gemilang kini tunggang langgan. di mana silapnya! tepuk dada tanya iman..orang dulu sibuk beramal dengan al quran. zaman sekarang sibuk menceritakan kehebatan al quran tp tak plak sibuk beramal...sibuk membicarakan tentang sunah..tapi tak sibuk untuk beramal...mungkin la...

dalam kepetahan membicarakan cerita tentang nikmat tak tahu terkonar ikut mana masuk isu sumpah dato T. tuh hebat penceramah..tambahan isu semasa...teman tak kisah pun isu tuh disebut..ustad tuh ade la sebut isu sumpah tak syarie...dosa besar penyaksian palsu bla..bla..bla...bla..bla.. apa yang disampaikan semua betul.. cuma teman sedikit terkejut, apabila dikatakan bahawa " orang2 camtuh tidak akan diampunkan dosa dia " bukan terkejut sebab apa.. setahu teman la..setakat ilmu yang ada..kita boleh kata sesuatu perkara itu bersalah atau berdosa, cuma bab ampun..syurga..neraka nih...itu urusan allah. mmg teman penah terbaca dalam kitab Riadul Solihin mafhum sebuah hadis mengatakan Allah s.w.t benci ke laknat teman tak berapa ingat dah orang yang mengatakan kepada saudara Islam " allah tak ampun dosa kamu" kerana 'memberi keampunan kerja aku [Allah]...' .

bahaya lidah kita...kita kene jaga lidah kita..teman rasa ustad tuh tersasul je dah tak bermaksud...harap2 gitu la...susah juga kalau petah berbicara...betulla sabda nabi tentang lidah nih..dan tak pelik dalam hadis ade sebut tentang orng pandai berbicara nih..semoga Allah s.w.t lindungi teman...