Sunday, November 9, 2008

BANGANG PUNYA BAPAK DAAA..

Bapa bakar tangan anak

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my


PETALING JAYA: Seorang bapa disyaki bertindak luar batasan apabila didakwa sanggup membakar tangan anaknya berusia 10 tahun hanya kerana kanak-kanak itu tidak mengaku mencuri wang di rumah mereka di Petaling Utama di sini.

Menurut sumber, tindakan kanak-kanak itu tidak mengaku mencuri wang bapanya menyebabkan lelaki itu berang lalu mengikat tangan anaknya sebelum memukul dan mencampakkannya ke lantai.

Selepas masih gagal mendapat pengakuan daripada anaknya, lelaki terbabit bertambah berang lalu mengambil suratkhabar dan membakarnya serta mengugut mencucuh tangan kanak-kanak itu jika masih tidak mahu mengaku.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu yang tidak tahu menahu mengenai kehilangan wang berkenaan masih enggan mengaku menyebabkan bapa terbabit bertindak kejam membakar tangannya...BERITA PENUH..

BIASANYA ROTAN JE LA....NIH SAMPAI BAKAR...APE PUNYA BAPAK DAA...MENSTI KENE RASUK SYAITAN TUH....

No comments: