Sunday, November 30, 2008

MOTIVASI DIRI



Kali ni, saya berkata tentang perkara yang menurunkan motivasi Anda. Kalau Anda
selalu buat 3 perkara ni dan dekat dengannya, ia akan menjadikan motivasi Anda
'down' lalu Anda akan jadi tak bermaya, tak bermotivasi dan takde inspirasi untuk
meneruskan apa saja yang Anda usahakan.


Pertama, jauhkan diri dari berkata tentang keburukan orang lain. Saya tahu bunyinya
remeh, tapi Anda tetap akan terbuat juga tanpa Anda sedari.

Ia bermula dari apa yang Anda tak puas hati, yang Anda sakit hati dan yang membuat
Anda tak senang. Bila Anda sudah terbiasa begini, gelombang negatif akan bersarang
di dalam minda Anda, hati Anda dan seterusnya jiwa Anda, menyebabkan motivasi yang
bergelombang positif tertolak keluar dibuatnya.

Kedua, elak dari mendengar berita yang buruk-buruk. Sejurus mendengarnya, Anda akan
berasa marah, sedih, kecewa dan segala macam emosi negatif akan turut sama dirasa.
Kesannya, motivasi Anda menurun.

Ketiga, kawal rasa marah, tertekan, tak puas hati dan yang negatif, walaupun
sedikit!. Sila teliti dengan jujur akan kata-kata keramat ini , selagi emosi negatif
ni ada dalam hati kita, selagi itulah kita susah nak jadi orang yang bermotivasi dan
susah nak jadi ceria selagi kita tak lepaskan keluar semua emosi negatif tu.

Dari pengalaman sendiri, Anda tentu bersetuju dengan pendapat saya, Tertekan, marah
dan emosi-emosi negatif ni kalau dilayan berterusan, memberi kesusahan pada diri
sendiri.. jadikan kisah benar saya sebagai pengajaran, jangan biar ia terjadi pada
Anda pula.

3 comments:

hisyamrahman said...

bagus di...pengawalan diri sememangnya memerlukan muhasabah diri...lepas tu..bile diri kite terkawal...maka, org lain pun akan mengawal diri mereka

KOYAN said...

nak kawal diri orang kene kawal diri sendiri dulu...baru cakap serupa bikin...

hisyamrahman said...

ya betul