Ini adalah jemputan yang kedua sebagai penceramah motivasi. Di SMK Ubai, di Pekan. Sebelum ini di Rompin Beach Resort untuk program motivasi bagi pelajar SBPI Zon Timur. Ceramah motivasi di
SMK UBAI aku buat tajuk 1001 maksud UBAI. Kenapa kene buat tajuk macam tuh, jawapannya ialah keadaan pelajar sekolah tersebut yang agak "luarbiasa". Aku hanya membakar semangat mereka sahaja, selebihnya bergantung kepada pelajar sendiri . Kalau dia nak berubah, berubahla dia kalau dia tak mahu juga, takde arah dah le...turun nabi pun camtuh la juga jadinya. walau bagaimanapun hasil dari komen pelajar..alhamdulillah...ada yang kata tak nak tinggal sembahyang dah...aku tunjuk gambo2 ngeri2....aku kata kalau tak sembahyang camnih jadinya...ada yang kata akan mentaati ibu bapa...terpulanglah kepada mereka..aku hanya menyumbang sekadar yang aku mampu sahaja...aku tak mampu mengubah nasib mereka, hanya mereka yang mampu merubah nasib mereka...... 2 keping gambo tuh je yang adanye....
Monday, August 4, 2008
Thursday, July 31, 2008
MUQABALAH UMNO-PAS
Isu yang paling menarik minggu ini mengikut pandangan saya, Muqabalah Umno-Pas. Seperti yang dijangka begitulah terjadi. Berdasarkan pengalaman belajar 10 tahun yang lepas, sewaktu di Jordan, orang melayu kebiasaannya akan bersatu padu apabila berada dalam 2 keadaan iaitu ketika bilangan mereka kecil dan jika berada dalam keadaan darurat.
Dalam keadaan sekarang, kedua-dua keadaan itu sebenarnya hanya mengundang malang yang tidak berkesudahan. Kita dapati ketika ini, perbalahan pemimpin yang tersangatlah cerdik sama ada pihak A atau B, menyebabkan rakyat tersepit. Betul kah pendapat yang pernah didengari, hanya melayu akan bunuh melayu, hanya melayu jatuhkan melayu....takkan melayu hilang di dunia..

Wednesday, July 30, 2008
BACALAH AL QURAN
Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah lama tidak ku tinggalkan pesan. seorang2 demi seorang sahabat pergi membawa diri di samping rezeki yang dicari. Berterima kasih juga kita kepada mereka kerana Allah s.w.t tetap menambahkan rezeki kita di sini.
Berkaitan dengan tajuk di atas, Bacalah Al-Quran wahai manusia yang bergelar mukmin, di dalam hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda : Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang di hari pembalasan nanti sebagai pemberi syafaat kepada kamu ( Riwayat Muslim ). Tidak perlu tunggu Ramadan baru nak baca Al-Quran, baca bila-bila kita mempunyai ruang. Kadang-kadang manusia terlalu terkejar-kejar cita-cita dunia yang tidak pasti lagi ganjarannya sehingga lupa untuk mengejar balasan akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. yang bersifat tidak akan memungkiri janji. Tidak disyaratkan ada diploma, degree, master atau PhD untuk mendapatkan ganjaran tersebut, apa yang perlu hanyalah belajar Al-Quran. Tidakkah kita berasa malu, mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang namun nasib agak malang kerana gagal untuk melaksanakan tuntutan agama agar membaca Al-Quran. Bukan kena baca 30 juzuk sehari, bacalah walaupun sepotong ayat, ganjarannya...subhanallah...
Perumpamaan mukmin yang membaca Al-Quran seperti yang disebut oleh nabi di dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : Mukmin yang membaca Al-Quran itu umpama buah Buah Limau yang manis, Harum baunya, manis rasanya, perumpamaan bagi orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah umpama buah kurma, tiada ianya berbau, namun rasanya tetap juga sedap. Manakala perumpamaan bagi orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat Buah Kemangin, sedap baunya, tapi rasanya pahit, manakala perumpamaan untuk orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran pula , ibarat buah peria, tiada berbau tetapi pahit rasanya ( Riwayat Muslim ). Bagaimana untuk mengenali orang munafiq nih, antara tandanya suka membuat kebaikan apabila dipuji orang, padai bicara agama tetapi sukar melaksanakan..nauzubillah min zalik....
Sekian dahulu coretan rohani untuk tatapan semua, sebenar-benarnya ia adalah peringatan buat diri aku yang sentiasa lupa.

Saturday, June 28, 2008
TAK BERKESEMPATAN NAK MENULIS
Dah lama tak menulis nih, alasan biasa yang manusia akan bagi tak kira bangsa atau agama, orang cerdik orang tak cerdik.....iaitu sibuk..sebenarnya alasan sibuk nih untuk manusia tak reti nak urus masa je....tapi tuh la yang kita rajin duk sebut..memang betullah kita tak beberapa nak mengurus masa..patutlah dalam al-Quran Allah s.w.t banyak bersumpah dengan masa...demi waktu Dhuha, demi malam, demi siang..dan macam2 lagi..nih menunjukkan kepentingan..masa...
Malam nih aku tulis sket la...saja nak kasi nampak ada gak up date blog aku nih kan....nih aku nak bagi petua camne nak bagi sayur tahan lama dalam peti dan nampak hijau macam baru petik dari kebun...nih mak aku ajar...cara dia camni..kalau beli sayur tuh potong je cam biasa semua2 sayur tuh..walaupunnak guna sket je..yang lebih tuh..basuh..then masuk dalam tapuer atau bekas2 bertutup kemudian letak je dalam peti sejuk...kalau nak guna lepas seminggupun sayur tadi masih ok macam baru petik..tak caya bleh cuba ma...bukan kene bayar pun......

Subscribe to:
Posts (Atom)