Tuesday, October 5, 2010

INTERAKTIF DAKWAH TRAINING


dah dua kali progam ini dianjurkan di kolej shahputra, pertama kali dulu. hanya diadakan 1 hari sahaja. so banyak isu2 yang tidak dapat dikupas oleh pencaramah. waktu tuh hanya bro lim jooi soon sahaja yang datang bro amin tak datang. kali nih 2 2 penceramah dapat hadir alhamdulillah.

program bermula jam 845 pg - 530 ptg di dewan B 108. kehadiran peserta lebih kuran 90 orang termasuk orang luar pelajar & pensyarah. program 2 hari ini sebenarnya dapat meningkatkan kefahaman tentang islam.selain meningkatkan keyakinan kita terhadap agama islam berdasarkan beberapa fata yang ditemui dalam kitab-kitab bible.

yang menarik prog kali ini terdapat seorang india yang beragama kristian telah datang dah berhujah dengan bro lim jooi soon untuk mencari kebenaran dalam agama kristian. majlis berlansung selama 2 jam. ini kali pertama teman lihat dan dengar secara live debat agama dalam mencari ebenaran. alhamdulillah semalam 5 oct 2010. teman dapat msg dari sedara zul mengatakan insa'allah hari kamis malam jumaat beliau (india kristian) akan memeluk islam bersama isteri.

ini bro amin. menerangkan tentang persamaan yang wujud dalam kitab bible & amalan umat islam.

majlis perdebatan yang berlaku di ofis teman. kat meje teman. teman duk belakang.gambar nih pun teman amik curi2 jer.takut tak selesa bro tuh.


kesungguhan dalam menerangkan kebenaran akhirnya membuka hati india beserta isteri untuk memeluk islam akhirnya. allah jua yang memberi hidayah.kita hanya membatu dalam mencari kebenaran sahaja.

Wednesday, September 29, 2010

CERITA WIRA POWER WINDOW

biasa dalam peper kita dengar kes org jahat bawak lari kereta. tengok2 dalam kete ade budak..walaupun pencuri tak niat pun nak colek. tp mak ayah tinggal anak sekejap dalam kete yang dihidupkan ejin untuk memenuhi tuntutan kehendak mereka. itu berita yang biasa kita dengar. kisah anak terpukang akibat enjin motor skuter tak dimatikan juga ada terjadi. enjin hidup. anak pulas minyak.maka motor bergerak tanpa kawalan yang sepatutnya.

apa yang teman nak cerita hari nih. kejadian yang betul2 menimpa teman akibat daripada power window. zaman sekang nih jarang jumpe window manual.semua power belakakan....termasukla super power & power root.. 2 hari lepas. waktu petang selepas teman balik dari kerja. sampai rumah dalam jam 630 ptg. anak2 teman dah menenggek & merenggek teman balik lambat. nak hilangkan kesedihan anak2 teman. teman ambil keputusan nak bawak anak2 gi mini market di taman inderapura. beli je apa2 yang derang nak. nak jadi cerita. sampai sahaja mini market. hujan rintik2 turun. jadi teman cakap ke anak2 teman. duduk dalam kereta je! ayah turun beli. sebut nak ape.. nak milo + nak ice cream + mercun pop pop..teman pun kuar kete..nak gi beli..tinggal la anak dalam kete. enjin hidup.ekon pasang...bukan kejadia kete kene curi. tapi nih xcden melibatkan tinkap auto.

nak jadikan cerita. si abang sudah turunkan cermin tingkap depan sisi kiri. si adik pun dari belakang gerak ke depan ( nih teman rasa la. sblm keluar adik duduk belakang ).. bila bukak tingkap. abang pun cantik ulur kepada keluar (teman paking tempat orang tak lalu lalng tp dekat kedai la dalam 50m).. time dia keluar kepala tuh. gamaknyer. si adik nih tekan butang cermin tersebut. cermin naik atas. kepala si abang terus sangkut.antara cermin dengan tingkap. sambil 2 2 tangan paut pada cermin.. waktu dalam kedai teman rasa tak sedap hati jer. dalam telinga nih teriyang riang suara orang pangil ayah! ayah! teman tinggal barang lari keluar jap.. tengok2 astarfirrullah azim. kepala anak teman lekat dahhh! teman lari kekereta. mati enjin. tenang dalam 2 second. teman on suiz kete. teman tekan cermin belah kanan. nak test camne nak bagi turun cermin (mende biasa kita dah buat turun naik cermin tp time panik cam2 bleh jadi) kompen tekan bawah..teman tekan bawah yang belah kiri. cermin pun turun.. teman chek terus tekak anak teman (pegang2 jer sambil tanya sakit ke dak).. abang mula melalak..tetiba je adik pun melalak juga ( tau dia salah gamaknyer )... teman pun tutup pintu kete. kali nih mati ejin bawak kunci gi sekali. duduk la berpanas jap korang 2 beradik... beli mende derang mintak tali..bagi minum terus senyap..dalam perjalanan nak balik umah. berkali2 juga teman tanya anak sakit ke dak. sambil membebel sapa suruh keluar kepada dalam tingkap...bla..bla...

moral of the story..mmg banyak bahaya tingal anak dalam kete yang injinnye sedang hidup. so hati2 semua.

Monday, September 27, 2010

KEKALKAN CIKGU GSTT YANG MEMPUNYAI KOMITMEN TINGGI

tak lama lagi guru2 baru akan ditempatkan semula di sekolah2 yang mempunyai kekosongan guru tetap. setelah tamat berkursus di maktab2 perguruan Malaysia. biasa nye apabila keadaan ini berlaku guru2 gstt akan melilau-lilau mencari kerja baru bagi mengumpul duit belanja setelah tamat belajar. dan nak bayar semula PTPTN.

cuma teman kesian terhadap guru2 gstt yang dah lama berkhidmat di sekolah2. bukan sekajap. kadang dah ada sampai 5 tahun gstt. setiap tahun apply KPLI. namun tak penah dapat. kenapa la yer guru2 gstt camnih. yang dah berkhidmat lama. tidak diserap terus menjadi guru tetap.. bukan ker senang kerja kementerian. lg pun biasanya. kebanyakannya mmg minat nak mengajar.

kalau la nak kata guru tersebut tidak mempunyai ijazah yang sepatutnya. pergilah mana-mana sekolah. tengok cikgu2 mengajar subjek ape. tengok ijazah derang. jenis ape. tak jadi masalah. so ijazah yang dimiliki oleh guru gstt tidaklah menjadi msalah besar. ramai jer teman tengok pemegang ijazah pengurusan. hr. dll apply KPLI mengajar B.I ingeris..

jadi ape masalah besar yang menyebabkan KPM tak boleh serap terus guru gstt yang mengajar bertahun2. & komitmen tinggi sewaktu berada disekolah. maka tidak perlulah dikeluarkan setiap tahun borang KPLI yang berharga Rm malaysia itu banyak dikeluarkan. mmg menguntungkan: bayangkan yang apply 100 000 siswazah termasuk gstt, keperluan hanya 10 000. kalau harga 1 no pin rm 8. tak ker dapat free2 jer 800 000. banyak tuh. cukup sekadar kalau KPM mengumpul data.guru2 gstt yang berada di seluruh malaysia, sekurang2nya mempunyai pengalaman 2 tahun sebagai guru. dihantar untuk KURSUS DALAM CUTI..

biasanyerla..pengalaman teman dulu. kalau guru gstt nih. segala kerje dia kene buat. orang kata.kene rangging. cikgu2 lama nih terdapat segolongan. makin lama kerja. makin malas. ti nak duit banyak. nak bonus besar.... so jenis2 ringan tulang camnih twarkan guru tetap kepada mereka....komitmen selepas jadi guru tetap...emmm...no komen...lihatlah sekeliling kita..betapa2 guru2..macam2 ada...

Saturday, September 25, 2010

TAKSA TIDAK TERPANTAU DI PUSAT PENTADBIRAN NEGARA

"Siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati kedua-dua Taska ini tidak berdaftar dengan JKM dan dengan itu JKM mempunyai kuasa untuk mendakwa kedua-dua Taska tersebut," kata Shahrizat dalam satu kenyataan hari ini.

agak pelik la dengarkan.pada temanla. taska yang wujud di putrajaya tidak ade lesan. soalannyer. bukan ke di situ semua pusat pentadbiran negara. sepatutnya apa-apa yang wujud di situ semua berlesen. kalau di situ tak berlesan. bayangkan la kalau yang wujud ditempat2 lain...

aduhaii....selamatkan lah anak2 kami yang kedua ibu bapa bekerja nih... JKM tak cukup kaki tangan gamaknyer..