Monday, April 20, 2009

TINGKATAN 6 VS DIPLOMA

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azam Md Atan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia berkenaan belajar tingkatan 6. beliau mengatakan bahawa ' Pelajar di tingkatan 6 bertuah malah sebelah kaki terjamin ke IPTA. Mereka juga lebih bersedia sebelum meneruskan pengajian di universiti kerana sudah mendapat pendedahan awal di tingkatan 6. Pelajar yang memilih mengikuti pengajian peringkat diploma di ipts berbanding tingkatan 6 itulah merugikan masa belajar mereka. bior betoi pengetua nih....Sebenarnya kebanyakkan pengetuan kurang faham tentang pengajian diploma di ipts. Blogger yakin semua ipts mengalami masalah yang sama iaitu mencari ruang untuk menerangkan program2 di sekolah-sekolah..kalau ada pun..melalui kaunselor2..pengetua-pengetua nih susah nak join dengan ipts..kerana meletakkan tahap diri mereka peringkat tinggi sangat kot..dan kebanyakan mmg tak berapa nak amik tahu blogger yakin pengetahuan tentang diploma di ipts memang pengetua kurang tahu..

Blogger berani mengatakan diploma yang dibuat secara kerjasama dengan IPTA adalah jauh lebih baik dari amik STPM... ini disebabkan pelajar akan belajar perkara sama di IPTA..cuma lokasi sahaja yang berbeza. Sebagai contoh Program diploma UiTM yang dijalankan di kolej2 bersekutu. Pelajar belajar pelajaran yang sama, apabila periksa, mereka mendapat soalan yang sama daripada UiTM jugak. apabila konvo pun di UiTM jugak..nak sambung degree..sambung di UiTM jugak selama 2 tahun sahaja...membazir masakah itu. Cuma kalau nak masuk program tersebut kene ada syarat minima..ada 5 kredit termasuk kredit bahasa melayu & Bahasa Inggeris. kalaulah budak stpm tuh ada 5 keredit..blogger yakin ada lebeh...nak amik jurusan pengurusan apa2 ke...baiklah masuk IPTS yang buat usahasama dengan IPTA...kalau amik STPM pelajar belajar secara umum sahaja semua topik,,kalau diploma nih dah m belajar semua seara khusus..apabila amik degree..makin khusus la mereka belajar...kata la habis diploma malas nak sambung belajar..mintak kerja...n27 dah bleh dapat..kalau STPM...kalau pas periksa..keputusan tah ape2...nak apply kerja kene gak guna stpm...

Blogger tak nafikan lah kalau yang amik STPM tuh betul2 power dapat pulak 5p.. 4.00..mmg la dia dulu akan masuk U...tapi setakat nih berapa orang je yang berjaya..mungkin ada baiknya persatuan pengetua buat kajian tentang peratusan pelajar yang masuk ke IPTA berbanding dengan pelajar yang ke IPTA...




Tuesday, April 14, 2009

ANAK SIAPA

kesian anak tak berdosa nih..syukur allah telah memilih adik nur ainna untuk menemui baby comel nih...semoga allah s.w.t memberi hidayah dan petunjuk kepada si ibu supaya menyerah diri ke balai supaya dapat menjaga bayi nih semula suatu hari nanti.....

BANGKITLAH MELAYU

Bangkitlah Melayu

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka..berita lanjut click di sini


Blogger: Bangkitlah melayu...sedarlah melayu...jangan banyak merapu..di malaysia kalau kita tengok...yang duk bercakar semua melayu2 belaka..kat ganu...adun2 yang duk tak puas hati sesama melayu..umno duk hentam pas...melayu2...pas duk hentam umno..pun melayu, melayu..pkr hentam umno..umno hentam pkr..yang kebanyakan nye melayu...lebih malang lagi orang islam melayu...nak kata kayu..semua cerdik belaka.. tapi tak de kesedaran..inilah akibat daripada pemimpin yang kurang mempraktikkan tuntutan agama....ye la kalau tanya hukum semua tahu...sudut praktikalnya...Allah je yang tahu.....Ya Allah..sedarkanlah pemimpin melayu....

ANAK IKAN KELI

anak ikan keli makan roti daisy (kyri beli sbb nak dia nak tengok anak anak keli)

ikan keli nih, waktu beli 3 inci size dia..tapi nampak macam kecik je...cuma kyri order yang 3 inci..aku kata la 3 inci...

ikan ini telah dilepaskan di dalam kolam pada hari ahad 29 mac 2009. ikan nih beli di seri damai dengan harga rm0.13 sec je sekor. untuk 2 kolam sejumlah 1000 ekor anak ikan keli telah dimasukkan.

kaedah yang digunakan untuk ternak keli ni dinamakan kaedah kak yati (masuk majalah 3 dulu kisah kak yati nih) sebab aku g umah dia kat perak tuh tengok dia wat..so aku praktik macam yang dia buat..aku belajo ngan anak dia..hidayah student upsi.... cuma beza ternakan antara aku dan kak yati nih ialah ialah dia guna kolam aku guna tong air je.

menurut kak yati ikan akan dituai setelah 3-4 bulan..maknannya dekat2 bulan puasa nanti boleh dah tuai hasil....nak cuba buat boleh kontek aku yek....