Monday, August 17, 2009

SELAGI TAK SYIRIK INSA'ALLAH SYURGA

sambungan dari citer stdnt semalam...aku sambung...harun sani cakap pun betul jugak..mmg tak de nas pun orang pas masuk syurga..kalau orang islam sure ada peluang masuk surga...kalau orang pas tuh islam...dan mati dalam keadaan tidak syirik kepada allah s.w.t..insa'allah masuk la dalam syurga....allah maha pengampun hambanya...sifat pengampun allah s.w.t diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh termizi, hadis nih mempunyai darjat hassan sahih: daripada anas bin malik r.a: aku dgr rasulullah s.a.w bersabda: allah s.w.t berfirman: wahai anak adam! kalau dosa engkau sebesar 7 petala langit, kemudian engkau memohon keampunan aku, aku ampunkan engkau. wahai anak adam! kalau engkau buat salah kepada aku sebanyak tujuh petala bumi, selagi engkau tidak syirik kepada aku, aku akan datangkan keampunan lebih besar dari 7 petala bumi.. yang beza adalah cara umat islam dimasukkan ke dalam syurga, seperti yang diceritakan oleh rasulullah s.a.w orang yang terakhir sekali akan dimasukkan ke dalam syurga akan datang dalam keadaan merangkak..Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya...

manakala dalam sebuah hadis lain pula menceritakan keadaan kebangkitan nanti:

Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Az-Zubair r.a katanya: Bahawa beliau pernah mendengar Jabir bin Abdullah r.a ditanya tentang kebangkitan di akhirat. Maka beliau berkata: Kita dibangkitkan pada Hari Kiamat begini dan begini. Lihatlah! Ertinya: Kedatangan manusia itu mengikut darjat masing-masing. Lalu dipanggil umat-umat dengan berhalanya dan apa yang mereka sembah suatu ketika dahulu, secara berturutan. Setelah itu, Tuhan datang kepada kita lalu berfirman: Siapakah yang kamu tunggu? Maka mereka pun menjawab: Kami menunggu Tuhan kami. Allah berfirman: Akulah Tuhan kamu. Mereka akan berkata: Sehingga kami melihatMu dulu. Terserlah pada mereka Tuhan tertawa. Lalu Dia membawa mereka dan mereka pun mengikuti-Nya. Setiap seorang di antara mereka samada munafik atau mukmin akan diberi nur iaitu cahaya. Kemudian mereka mengikuti cahaya tersebut melalui jambatan Neraka Jahanam, terdapat besi-besi pengait dan berduri yang boleh meragut sesiapa saja yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian nur iaitu cahaya orang-orang munafik padam, sedangkan orang-orang mukmin selamat. Selamatlah rombongan pertama yang terpancar pada wajah mereka bagaikan bulan purnama seramai tujuh puluh ribu orang tanpa dihisab. Kemudian orang-orang berikutnya seperti terangnya bintang-bintang di langit, demikianlah seterusnya. Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun meminta syafaat, sehingga mereka dapat mengeluarkan dari Neraka sesiapa yang melafazkan: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan di hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum. Mereka akan ditempatkan di halaman Syurga lalu Ahli Syurga akan memercikkan mereka dengan air sehinggalah daging mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu tumbuhan selepas banjir dan hilanglah hangusnya. Kemudian dia iaitu orang terakhir meminta, sehingga diberikan kepadanya dunia dengan sepuluh kali ganda

kesimpulannya kalau nak makan buah dokong pansenam...kena la oder kat orang pangsenag...kalau nam makan durian..tanam la pokok durian..tak pun beli la buah durian..baru dapat durian...camtuh gak kalau nak masuk syurga..buat la perangan ahli syurga...takkan la tuh pun tak leh nak pikir...guane gamok.....






PENING YANG MEMENINGKAN

itulah yang terjadi kepada aku hari nih...student mamg suka tanya isu2 yang pelik2 tapi benar..benar yang derang baca cerita tersebut. dalam utusan : nik aziz kata: undi umno tak masuk syurga, harun sani kata: takde nas tak masuk syurga...isu2 camni mmg certain2 student suka tanya...itulah yang ditanya kepada aku hari ni tat kala aku tengah pening2 lalat kerana baru pas donate darah...pagi hanya makan separuh roti canai kongsi sama anak lelaki ku...pastu radix secawan...sebabtuh penin ...

aku punya jawapan..mungkin pembaca bleh bagi komen nanti:

1- paper cakap camtuh kot, maybe salah terjemah maksud kedua2 tokoh agama tuh...jawapan nih nak cover je...tau student tuh leh cakap... ok ust andaikan mende tuh betoi... bleh lak dia pusing soalan camtuh... aku memikir le kejap....

2- menurut maksud firman Allah s.w.t dalam surah an-nisa' ayat 48: sesungguhnya allah s.w.t tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik menyekutukan allah s.w.t dan akan mengampunkan dosa selain daripada mensyirikan allah sesiapa yang dikehendaki.. siapa yang syikir dengan allah memang lah allah sw.t mengharamkan daripada masuk syurga....bukan ust yang cakap..kata ku kepada student yang macam nak tau sangat nih..ini merujuk firman allah s.w.t dalam surah al-maidah ayat yang ke 72: sesungguhnya sesiapa yang mensyirikkan allah s.w.t diharamkan kepadanya untuk masuk syurga... memang confident je aku baca ayat tuh..sebab budak depan akuu nih kawan dia budak tahfiz..dah habis hafal 30 juzuk beb...tapi selalu kata saya bukan al-hafiz ustad..al-habis je..sungguh merendah diri....

kembali topik utama kita ye...so aku kata ayat2 tadi ape yang ko paham...dia cakap dia paham dah....betullah aku kata ahli umno tidak akan masuk syurga kalau dia tuh bukan beragama Islam..kalau dia beragama islam dan tidak syirik kepada allah s.w.t...insa'allah masuk... masuk syurga nihkan atas rahmat allah je....nabi pun kata dia masuk syurga kerana rahmat allah...

Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Amalan seseorang tidak akan dapat menyelamatkan diri masing-masing. Seseorang bertanya: Walaupun engkau wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Ya! Walaupun aku tetapi Allah telah meliputi rahmat-Nya kepadaku. Tetapi kamu berusahalah sungguh-sungguh!


.

TIP PERSIAPAN RAMADHAN

  • cuba mulakan membaca al-quran setiap hati dan tambahkan bilangan jumlah ayat. elakkan dari berusaha untuk menghabiskan al quran sehingga mengabai pengajaran dan kaedh bacaan. adalah lebih baik membaca al quran yang mempunyai tafsiran ayat seperti tafsir al rahman dengan cara yang smart.
  • jika tidak berapa upaya untuk membaca al quran, cuba-cuba rajin mendengar bacaan al-quran. cari yang ada terjemah lagi bagus. kalau takde bacaan sahaja pun ok lah.
  • tidur lebih awal supaya dapat bangun bersahur di julai waktu. jangan amalkan tabiat bersahur dahulu sebelum tidor. itu tidak dinamakan bersahur tapi makan tengah malam. bersahur nih bermaksud hendaklah ketika sudah dikatakan waktu diawal pagi..setelah bersahur sertai dengan membaca al-quran sehingga subuh.. then bleh sambung sekejap tido...kalau hari2 cuti boleh la pasang kaset mengaji kalau takut kering tekak membaca al quran.
  • muhasabah diri setiap hari....apa amalan sunat yang kita dah tinggal untuk puasa hari ini...tuh pun dah bleh nilai...nilai untuk diri sendiri je..tak yah la susah2 nak cite kat orang lain...
  • rajin2kan bersedekah...bermula nilai sedikit sehingga nilai yang termampu oleh kita....
  • rajin2 membantu.khususnya orang2 miskin...
  • kurang bercerita..bergosip2..tengok citer2 karut dll.
diriwayatkan daripada abu hurairah r.a: sesungguhnya rasulullah s.a.w bersabda: allah s.w.t berfirman: semua amalan anak adam adalah untuk dirinya kecuali berpuasa. sesungguhnya puasa itu adalah untukku aku akan membalasnya : riwayat bukhari.

Friday, August 14, 2009

SEKADAR RENUNGAN

masuk je kelas hari nih..ada setudent perenpuan tanya..ust macam mana nak sucikan hati kita ? emm...aku kata first kene jaga solat..dia sambung..tapi kenapa ramai orang sembahyangtapi macam emm.... aku pintas akap dia..macam ape..bagi contoh... dia kata; kuat mengata orang, kedekut... aku gelak je..ha ha ha..orang pompuan la tuh kan...dia kata dokkk eh.orang laki pun sama....

dalam nada agak serius aku kata..maybe dia tak jaga solat dia...student lain nyampuk...jaga camne ust...dalam hati aku..sah la aku tak ngajo seperti sepatutnya... banyak kene jaga...perkara-perkara yang wajib dijaga sebelum solat, ketika solat dan selepas solat... ku tengok muka bebudak nih makin blurr je...aik takkan tuh pun tak tahu..kata dalam hati la...aku pun mulalah bercerita...dari pada kene jaga kebersihat..wuduk..bla..bla..2 sampailah masuk waktu..semua tuh kene jaga.bila dah masuk waktu..ketika kene sembahyang kene jaga rukun..aku terus tanya..rukun solat ada berapa wok!!!ada jawab sebelas..ada jawab 13 belas...paling best jawapan selamat...tak sure...ok aku kata ada tiga belas...aku pun mengayakan 13 rukun tersebut..aku tak bg tau direct menda apa 13 tuh..satu2 aku gayakan..biar derang ingat dan tahu...

time aku cakap topik kene tahu maksud bacaan...aku pelajar lelaki mencelah...kalau tak tau camne ust..susah nak hafal....aku bagi jawapan yang selamat je la...aku cakap kene ada usaha nak tingkatkan qualiti solat la...dari tak solat..kene solat..pas solat..jaga masa...cuba berjemaah...cuba faham..yang penting niat nak menigkat kualiti solat tuh ada la....

kelas senyap seketika..ok lah dalam hati aku....harap2 derang leh paham....last2 aku cakap..kalau solat tuh dah terpelihara..hati tuh ok la...kalau masih buruk perangai...ada la tak kene solat tuh.......